4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

A
A
A

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua anggota polis terkorban.

Insiden tragis yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu menyaksikan gugurnya perwira negara Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Ancaman yang membabitkan institusi berkenaan semenangnya pernah berlaku sebelum ini dan menyaksikan gugurnya darah pahlawan demi tugas mempertahankan negara.

Kebanyakannya tercetus susulan daripada pelbagai motif seperti serangan pengganas komunis, amuk dan pengikut agama sesat. Namun kemegahan dan kehebatan pasukan polis Malaysia tidak penah tercalar.

Berikut empat peristiwa serangan ke atas balai polis yang masih segar lipatan sejarah tanah air.

Baca juga: 72 tahun tragedi Bukit Kepong, imbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis

Baca juga:‘Terima kasih akak polis.’ Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

Balai Polis Bukit Kepong

Kisah bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 itu turut diabadikan  ke layar perak. Filem ‘Bukit Kepong’ diterbitkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh seniman negara, Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin.

Berlaku pada 23 Februari 1950, tiga pengawal kampung sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh 185 pengganas komunis pada kira-kira jam 5.00 pagi.

Tembak-menembak berlaku dengan sengit dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan.

Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur.

Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam insiden bersejarah itu, 19 anggota polis dan penduduk kampung manakala. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampung yang masih hidup.

Baca juga: Datuk S Sasikala Devi wanita besi Sang Saka Biru

Balai Polis Kuala Krau

Balai Polis Kuala Krau turut menjadi sasaran pengganas komunis pada era sebelum kemerdekaan dan telah diserang sebanyak dua kali.

Serangan pertama adalah pada 24 Jun 1948 manakala yang kedua ialah 11 September tahun yang sama. Kira-kira 250 orang pengganas komunis telah mengepung Balai Polls Kuala Krau sehingga menyebabkan kira-kira 30 orang anggota polls yang berada di dalamnya terkepung.

Jumlah yang sedikit dan kelengkapan senjata terhad tidak memutuskan harapan. Para anggota bertarung dan mempertahankan balai polis itu dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Masing-masing tidak berganjak dari kedudukan bertahan biarpun sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Subuh pagi itu menyaksikan darah perwira menitis di bumi Kuala Krau. Paling tragis, serangan selama dua jam bermula 4 pagi itu turut mengorbankan seorang anggota bernama Hamzah yang sedang menghitung hari bergelar raja sehari.

Baca juga: ‘Terbaik abang polis.’ polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

Baca juga: Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

Balai Polis Tebedu

Pada tanggal 12 April 1963, Balai Polis Tebedu diserang sekitar jam 1.30 pagi oleh militia Indonesia. Dengan tiga anggota polis yang bertugas ketika itu, 10 orang berpakaian celoreng melakukan serang hendap. Salah seorang anggota, Koperal John Ramek gugur dalam rentetan sejarah perang Ganyang Malaysia.

Biarpun lawan yang ramai, dua lagi anggota tidak menyerah sebaliknya bertempur dengan kumpulan berkenaan dan berlaku episod berbalas tembakan.

Kumpulan militia berkenaan telah menggeledah balai tersebut termasuk bilik senjata dan merampas beberapa laras senapang, pistol, senapang patah dan peluru.

Lebih menyedihkan, pengganas turut melepaskan tembakan dengan menyasarkan unit berek kediaman yang juga berada di dalam kawasan balai. Namun anggota polis yang tidak bertugas pada masa itu tidak membalas tembakan kerana senjata mereka kesemuanya diletakkan di dalam bilik senjata.

Dengan hanya menggunakan parang dan senjata tajam mereka cuba mempertahankan kawasan balai dan berek yang menempatkan kira-kira 80 anggota dan ahli keluarga.

Kumpulan pengganas kemudian meloloskan diri dengan membawa segala senjata rampasan. Berita serangan sampai ke Balai Polis Serian. Inspektor Aba Huk telah menggerakkan satu seksyen yang terdiri dari anggota polis hutan ke lokasi Balai Polis Tebed yang mengambil masa selama dua hari

Baca juga: Jasad ditemui, isteri reda Konstabel Iskandar sudah tiada, pencarian 9 hari berakhir. ‘Pada Jumaat yang suci kamu datang'

Balai Polis Batu Pahat

Serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 tidak dapat dilupakan.

Pada jam 9.30 pagi, balai tersebut didatangi oleh 15 orang lelaki yang menaiki teksi dan kereta. Mereka semuanya berjubah putih, menutup muka dan bersenjatakan pedang samurai!

Sejurus masuk ke dalam bala, Mereka melibas dan menetak sesiapa sahaja sambil melaungkan takbir. Susulan serangan 23 orang termasuk 15 daripadanya anggota polis mengalami cedera parah.

Kredit foto: Utusan Malaysia

Lebih mengerikan, serangan itu telah mengakibatkan ada anggota polis dan kakitangan balai yang putus jari dan tangan termasuk Sarjan Azmi Yaacob yang kehilangan satu jari tangannya akibat ditetak.

Serangan itu kemudiannya telah memaksa anggota polis melepas tembakan sehingga menyaksikan enam orang penyerang terbunuh dan selebihnya melarikan diri.

Dilaporkan, mereka kemudiannya menuju ke arah Pejabat Kadi dan Pejabat Majistret untuk melakukan serangan seterusnya.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak sempat menyerang dan kemudiannya melarikan diri ke kampung berhampiran dan menumpang rumah seorang penoreh getah.

Kredit foto: Utusan Malaysia

Polis yang kemudian mengepung kediaman tesebut meminta mereka menyerah diri. Para penyerang turun dari rumah, melaungkan takbir dan menyerang memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan yang membunuh dua orang, manakala enam ditangkap dan seorang lagi menyerah diri.

Kumpulan berkenaan dikenal pasti sebagai kumpulan fanatik agama mengamuk kerana tidak berpuas hati selepas pejabat Kadi Batu Pahat menyiasat dua anggota kumpulan itu yang didakwa membawa ajaran sesat.

Demikian kisah yang mempamerkan dedikasi dan semangat juang yang tinggi sang saka biru dalam memastikan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Semoga ia mencetuskan perasaan patriotik, memberi pengajaran dan teladan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang