'Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.' Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

A
A
A

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah itu mengakibatkan dua anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tewas manakala seorang lagi berpangkat koperal cedera.

Ibu kepada Konstabel Muhamad Syafiq, Aini Mohd Shariff, 57, pasrah dan reda pemergian cahaya matanya itu ketika sedang menjalankan tugas kepada negara.

Mendedahkan arwah sebagai anak yang patuh kepada ibu bapa dan kerap menelefon untuk bertanya khabar, malah Muhamad Syafiq sempat membelikan makanan sempena hari lahirnya. Kata Aini lagi, anggota ronda cegah jenayah itu juga pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

Baca juga: Tidak sempat bawa keluarga bercuti, nukilan kakak Konstabel Ahmad Azza Fahmi runtun hati ramai. 'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Baca juga: Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

Baca juga: 4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

"Raya baru-baru ini, arwah tak balik tetapi dia ada telefon sebab nak dekat hari jadi makcik. Arwah tanya nak makan apa, nak belanja. Betul (belanja), kawan Syafiq ada datang rumah hantar makanan.

"Arwah juga berhasrat mendirikan rumah tangga tetapi mak cik nasihat tangguh dulu sebab baru kerja dan arwah bersetuju. Dia memang jenis ikut cakap mak. Kita sayang anak tapi Allah lebih menyayangi dia, mak cik reda," katanya.

Pemergian anak sekelip mata juga sukar untuk dipercayai menyebabkan Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai kematian Konstabel Muhamad Syafiq dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor hanyalah cerita rekaan.

Namun, setelah mendapat panggilan telefon daripada polis memaklumkan mengenai perkara itu sekitar jam 8 pagi, beliau yang ketika itu berada di kebun tidak menyangka kejadian itu benar-benar menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu.

“Saya ingat orang hanya buat cerita atau scam (penipuan). Ada polis telefon maklumkan berkenaan kejadian itu...agak sukar nak percaya bila orang cakap anak pakcik, Syafiq meninggal dunia kena tembak. Memang tak sangka betul.

Baca juga: 72 tahun tragedi Bukit Kepong, imbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis

Baca juga:‘Terima kasih akak polis.’ Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

"Saya balik rumah cakap dengan isteri, kemudian tanya abang arwah yang kerja polis di Kuala Lumpur dan dia cakap benda itu betul, arwah kena tembak," katanya dalam sebak ketika ditemui di kediamannya di Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Ahmad Said yang juga pesara tentera, anaknya itu sangat meminati kerjaya sebagai anggota polis sehingga sanggup berhenti belajar dalam bidang forensik di sebuah kolej di ibu negara demi menyertai pasukan Sang Saka Biru.

“Selepas tamat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), Syafiq sambung belajar dua tahun di kolej itu sebelum berhenti untuk masuk polis. Dia memang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas itu,” katanya.

Terdahulu serangan yang berlaku pada jam 2.30 pagi Jumaat itu dikatakan bermotifkan rampasan senjata. Bagaimanapun menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain perkara itu masih dalam siasatan.

Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan sumbangan awal sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham.

Baca juga: Datuk S Sasikala Devi wanita besi Sang Saka Biru

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca