[8 FOTO] Kotor, meloyakan, ulat berenga ditemui dalam tong penyimpanan di kilang petis di Pulau Pinang

A
A
A

PETIS udang antara salah satu bahan penyedap yang diletakkan dalam sajian seperti laksa.

Tidak kurang juga yang memakannya dengan buah-buahan sebagai cecahan.

Bagaimanapun, pendedahan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) yang pemeriksaan di sbeuah kilang memproses petis udang di Kampung Pantai Acheh, Pulau Pinang terus mematikan selera. Sungguh meloyakan!

Baca juga: Meloyakan, Kilang Fucuk Penuh Najis Tikus Diarah Tutup, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Kotor dan menjijikkan, itu adalah perkataan yang sesuai diungkapkan. Tiada siapa menyangka di sebalik keenakan petis, terdapat  penemuan yang menggelikan di kilang memprosesnya.

Berikut 10 fakta mengenai pemeriksaan yang dijalankan kilang petis itu:

1-Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) Mohd Wazir Khalid berkata bau busuk dan meloyakan di stor membongkar penemuan ulat berenga di dalam tong penyimpanan petis udang di situ.

2-Ada antara produk berkenaan tercatat tarikh luput pada 2024, namun pemeriksaan mendapati produk ia telah rosak serta berbau busuk, namun masih disimpan untuk dijual kepada pembekal.

3-Tidak sekadar itu, pihak BKM JKNPP turut mendapati pemilik kilang yang telah beroperasi sejak lebih 50 tahun  berkenaan menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedangkan syarikat tersebut tidak pernah memohon sijil berkenaan!

Baca juga: [5 Gambar] Tong kicap dicemari bulu haiwan, botol kitar semula tak bersih, kilang 50 tahun diarah tutup

4-Kilang tersebut juga mengeluarkan petis udang dipercayai untuk edaran ke seluruh negeri dengan menggunakan label pelbagai syarikat lain.

5-JKNPP mengarahkan logo halal Jakim itu ditanggalkan serta-merta dan premis berkenaan ditutup selama 14 hari bagi tujuan pembersihan.

Baca juga: [8 gambar] Dulang berkerak, dicemari najis tikus, keadaan dalam kilang roti di Pulau Pinang tular

6- Dua notis kompaun berjumlah RM5,000 dan premis itu juga dikenakan arahan penutupan selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk pemilik menjalankan kerja-kerja pembersihan.

7-Kilang itu pernah diserbu pada 2019 kerana kesalahan yang sama dan diarahkan tutup serta dibersihkan, namun pemeriksaan kali ini mendapati keadaan kilang itu adalah lebih teruk berbanding sebelum ini.

 

Persekitaran yang kotor tidak sepatutnya menjadi lokasi pemprosesan makanan kerana ia boleh mendedahkan kepada masalah keracunan.

Justeru, amalan kebersihan dalam penghasilan produk makanan adalah satu kemestian dan wajib dipatuhi semua penguasahanya.

Baca juga: Nikah 30 Tahun Terpaksa Bubar Sebelum Tunai Umrah, Gara-Gara ‘Rahsia’ Disembunyikan Orang Tua

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: ">Bernama Radio

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca