BULU burung, ranting dan daun kering antara bahan asing yang ditemui dalam tong menyimpan perapan kacang soya untuk menghasilkan kicap!

Tidak sekadar itu, botol plastik kitar semula yang dicuci secara manual digunakan untuk mengisi kicap semata-mata mahu menjimatkan kos pengeluaran.

Demikian adalah antara penemuan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang yang melakukan serbuan di sebuah kilang memproses kicap, Bagan Lebai Tahir Thye Guan Source Factory di Bagan Ajam, Pulau Pinang semalam.

Malah foto yang memaparkan persekitaran yang meloyakan kilang terbabit menjadi tular dan berlegar di laman sosial.

Bernama melaporkan Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata keadaan kilang tersebut disifatkan sebagai tidak menepati standard keselamatan dan kualiti makanan.

6 FAKTA MENGENAI KILANG MEMPROSES KICAP KOTOR DIARAH TUTUP

Berikut adalah beberapa perkara membimbangkan yang ditemui ketika serbuan dilakukan terhadap kilang terbabit.

1.Bukan sahaja bulu burung, ranting dan daun kering, terdapat kulat di atas pelapik pengering kacang soya yang dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan makanan.

2.Tong gentian kaca yang digunakan untuk memerap kacang soya juga didapati reput kerana sudah digunakan selama 20 tahun.

3.Pembersihan botol untuk mengisi kicap dibuat secara manual. Ia sekali gus tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) kebersihan kerana dilakukan di tempat terbuka yang terdedah kepada najis binatang seperti cicak dan sebagainya.

4.Botol tersebut kemudian diletakkan di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran pada produk yang dikeluarkan.

5.Kilang kicap berkenaan beroperasi sejak 50 tahun.

Iklan

Menerusi Ops Bersih yang dilakukan JKNPP, kilang terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Ia turut dikenakan notis Perintah Penutupan Premis di bawah Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan diarahkan tutup selama dua minggu berkuat kuasa 11 November 2021.

Terdahulu, sebuah kilang memproses fucuk diserbu Oktober lalu. Sebab utama penutupan tersebut adalah najis tikus, lalat dan lipas sebab berkait dengan keracunan makanan yang boleh menyebabkan pencemaran sama ada bakteria dan fizikal.

Iklan

Selain itu binatang peliharaan seperti anjing berada didapati berada di dalam premis berkenaanyang sememangnya tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

Baca juga: Meloyakan, Kilang Fucuk Penuh Najis Tikus Diarah Tutup, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bernama, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang