8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

A
A
A

NAHAS udara membabitkan helikopter banyak berlaku di Malaysia. Dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.

Sama ada dimiliki secara persendirian mahupun aset negara, berikut tragedi melibatkan pesawat yang terbang menggunakan sayap berputar itu.

i-4 APRIL 2015

Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.

Nahas berkenaan melibatkan Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

ii-5 MEI 2016

Helikopter Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak.

Tragedi menyayat hati ini mengakibatkan enam terbunuh termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. 'Jasamu akan dikenang wirawati negara'

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

iii) 4 OKTOBER 2016

Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun insiden berkenaan telah menyebabkan 14 anggota tentera cedera.

Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

iv)15 OGOS 2018

Helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi kejadian ini menyebabkan dua juruterbang cedera ringan.

v) 27 FEBRUARI 2020

Sebuah helikopter milik Polls Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau.

Kesemua anggota pasukan keselamatan itu selamat dengan hanya seorang cedera.

vi) 8 NOVEMBER 2020

Sebuah helikopter terhempas di Jalan Melawati, Ampang. Kejadian itu meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom, yang juga bekas pegawai TLDM dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi.

Dua yang terselamat dalam kejadian itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.

vii) 5 MAC 2024

Sebuah helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa ketika melakukan latihan menyelamat.

Empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu. Helikopter dengan nombor pendaftaran pesawat M72-01 itu diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

PENDARATAN CEMAS

26 OKTOBER 2022

Helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW milik dikendalikan melakukan pendaratan cemas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Ia yang membawa asukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta yang terdiri daripada enam orang iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan, pembantu kesihatan awam, jururawat masyarakat dan seorang juruterbang.

Nahas itu mengakibatkan dua penumpang mengalami kecederaan parah.

Baca ini untuk mengetahui lanjut : Balik bertugas, doktor wanita, jururawat terlibat insiden helikopter terhempas, berikut kronologi kejadian

INFO HELIKOPTER TERLIBAT NAHAS DI TLDM LUMUT

AS 555 SN (Fennec)

- Dikenali sebagai Skuadron 502.

- Dibina oleh Eurocopter, Perancis.

- Dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

-Panjangnya 10.93 meter, manakala lebarnya 2.28 meter boleh memuatkan tiga kru.

-Kelajuannya mencecah 150 knots dengan sesaran 5.3 meter.

-Pernah menjadi pemenang Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut pada 2014, Anugerah Kesiagaan PAT pada 2015, Excellence In Operation pada 2015 dan 19,000 Flight Hours Achievement and 15 years of Flight Excellence pada 2019.

AW 139 (HOM)

- Turut dikenali sebagai Skuadron 503.

- Ia adalah pesawat penerbangan TLDM yang digunakan untuk Pasukan Helikopter Maritim (HOM).

-Buatan Leonardo Helicopter, Itali.

-Ia adalah aset TLDM bagi memperkukuh kekuatan maritim Armada Timur.

- Jumlah kru yang boleh ditempatkan dalam helikopter itu adalah empat kru.

- Kelajuan maksimumnya adalah 167 knots, manakala kelajuan standard, 130 knots.

- Durasi penerbangan adalah sekitar empat jam, dengan jarak (bagi satu penerbangan) adalah 550 batu nautika.

Sumber: Defence Security Asia, PUSMAS TLDM 1, d2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

c

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca