Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak
AHLI akademik mengakui silibus murid tahap satu iaitu Darjah Satu, Dua dan Tiga terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan daya intelektual mereka.
Isu berkaitan silibus menjadi perhatian ramai ibu bapa dan guru termasuk disuarakan pempengaruh guru, Cikgu Mohd Fadli Salleh kerana terlalu terkedepan dan dikatakan membunuh minat anak kecil untuk ke sekolah.
Malah warga maya juga tertarik dengan perkongsian seorang bapa tentang sukatan Gred Satu di Amerika Syarikat juga turut menjadi perhatian ramai kerana ia dikatakan lebih sesuai dengan usia kanak-kanak berusia enam hingga tujuh tahun.
Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.
Berikut 10 fakta yang buah fikiran pakar pendidikan itu berkaitan sukatan pelajaran anak-anak pada tahap satu ibu bapa perlu tahu:
1-“Silibus yang terlalu tinggi akan menyukarkan mereka memahaminya dan berisiko menyebabkan mereka keciciran pula dalam kemahiran asas.
2-"Pembuat dasar sepatutnya kena fikir untuk memantapkan kemahiran tersebut dahulu dalam diri murid berkenaan,” katanya.
3-Hasnah memberitahu, tidak semua dalam kalangan mereka mempunyai daya intelektual yang sama disebabkan latar kehidupan berbeza terutama pelajar tahap satu di luar bandar.
Baca juga: Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?
4-“Ramai dalam kalangan murid tahap satu yang tinggal di luar bandar tidak mendapat pendidikan awal sebenarnya. Ketika mereka baru sahaja memasuki alam persekolahan, cara pegang pensil pun mereka tidak tahu,” ujarnya.
5-Jelas beliau, apa sahaja silibus terbaru yang ingin dilaksanakan dalam dasar pendidikan perlu mengambil kira kemampuan emosi para murid.
6-“Kadang-kadang, kita rasa perlu terkedepan dalam soal pendidikan sehinggakan silibus pelajaran darjah empat kita bawa kepada pelajar darjah dua. Adakah kita terfikir mereka mampu menghadapinya?,” soalnya.
7-Hasnah berkata tindakan itu boleh menyebabkan diri murid menjadi tertekan dan menjatuhkan semangat mereka dalam pembelajaran.
8-“Akhirnya mereka rasa diri mereka kurang pandai dan tidak berguna serta tiada rasa minat lagi untuk belajar,” tambah beliau.
Warga maya yang terdiri daripada kalangan ibu bapa bersetuju dengan buah fikiran Profesor Madya Dr Hasnah dan meminta ia ditambah baik bagi perkembangan mental dan fizikal anak-anak.
Ujar mereka:
-"Usahkan murid, ibu bapa apabila tengok silibus yang dipelajari anak terus jem kepala nak berfikir. Itu orang dewasa, bayangkan kanak-kanak baru berusia tujuh tahun. Sebab itu ramai anak-anak bila tidak faham terus diam tidak tahu hendak buat apa. Minat belajar pun hilang. Cukup-cukuplah jadikan anak kecil seperti tikus makmal."
-"Harap semua silibus sekolah rendah dan menengah dikaji semula."
-"Silibus baru ni, kasihan anak-anak Tahun Satu kalau masih belum kenal nombor dan abjad. Disebabkan tidak boleh beradaptasi mereka mula ponteng sekolah kerana bimbang dimarahi guru."
-"Terus terang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai anak-anak Darjah Satu masih tidak boleh membaca dan mengira. Inikan lagi nak buat aras tinggi."
-"Kita sebagai mak ayah pun bila tengok kerja sekolah rendah anak pun pening, bagaimana hendak bantu. Silibus terlalu tinggi membuatkn anak jadi stress akhirnya kurang minat belajar sebab tak dapat mengikuti dan menguasai sukatan.
Baca juga: Ponteng sekolah demi bantu keluarga cari rezeki dengan menjual cendawan tiram rumah ke rumah
Baru-baru ini, Cikgu Mohd Fadli menerima tindakan tatatertib kerana menegur kelemahan sistem pendidikan negara termasuk silibus terlalu tinggi dan padat atau silibus ‘kayangan’ terutama Matematik.
Susulan itu, beliau berhadapan tiga pertuduhan dan mendakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Bagaimanapun selepas Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bersidang guru Matematik itu digugurkan kesemua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.
Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang