ISU beg sekolah berat bukanlah masalah baharu di negara kita.

Ia dilihat sudah menjadi polemik yang tidak berkesudahan dan sering diperbahaskan setiap kali sesi persekolahan dibuka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun sampai bila murid perlu memikul beban berat tersebut kerana sehingga hari ini nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Murid terpaksa pikul beban buku teks yang banyak bagi memenuhi jadual pembelajaran harian.

Seperti sebuah video tular yang memaparkan seorang pelajar perempuan menaiki tangga sambil mengangkut beg sekolah yang berat.

Menerusi video tersebut, kelihatan anak kecil itu hampir tersungkur gara-gara tidak mampu mengangkat beg berkenaan.

Video yang dikongsi oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh menerusi Facebooknya menimbulkan keresahan ramai ibu bapa.

“Seorang ibu hantarkan aku video ni. Video anak dia sendiri ni, bukan main cedok ikut suka. Ibu dia cakap,”Cikgu tolong share dengan orang atasan hal ni. Share sampai kat Yang Dipertuan Agong pun tak apa. Biar ada tindakan. Kesian anak saya, dah la perempuan, badan kecik lagi”,” tulisnya.

Tambah Cikgu Fadli, ada beberapa langkah terbaik untuk menguruskan isu itu iaitu dengan meninggalkan buku teks di sekolah antaranya dengan penyediaan locker.

Iklan

Baca juga Video stesen minyak di Pendang tular, lengkap jual barang dapur seperti kedai runcit raih perhatian netizen

Namun ia perlu dilakukan dengan lebih teliti iaitu dengan membuang hak pemilikan buku memandangkan kaedah sama iaitu meninggalkan buku di sekolah sudah pernah dilakukan namun tidak begitu berkesan serta tidak mendapat sambutan ibu bapa.

Iklan

“Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan. Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.

“Ini kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak mereka yang kena ganti.

“Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia buang hak pemilikan itu,” katanya.

Menjengah ruangan komen, ibu bapa menyeru perkara itu dipandang serius dan tindakan sewajarnya diambil.

Ujar mereka;

“Kesiannya dalam video tu. Berisiko jatuh tangga. Semoga anak kita menjadi pemimpin yang lebih baik dari pemimpin hari ini.”

“Sepatutnya budak-budak darjah 1 dan 2 bagi kelas paling bawah. Tak lah teruk sangat naik tangga sampai bawa beg yg berat.”

Baca juga Murid pakai kemeja labuh sampai ke lutut, pendedahan tidak disangka-sangka sentuh hati warga maya

“Betapa tersiat hati ibu melihat anak begitu susah melangkah anak tangga. Namun demi bukti, isu beg berat bukan omongan kosong, pasti si ibu sekuat hati menahan perasan semasa merakam video ini.”

“Kesian dan sedih melihatnya ialah ia melibatkan anak dan cucu kita juga, yang terbeban dengan masalah yang sama seperti ini, harap-harap kementerian pelajar dapat mengatasi masalah ini.”

“Setiap kali anak ini melangkah hati saya berdebar. Takut dia terjatuh. Bilalah isu ini dapat ditangani sewajarnya.”