Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu
BERITA baik kepada mereka yang layak, bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada untuk golongan B40 lebih awal daripada sepatutnya.
Pada zaman serba mencabar ini, Perdana Menteri, DatuK Seri Anwar Ibrahim berkongsi lanjut berkenaan STR melalui Twitter.
Berikut 10 info mengenainya:
1-Kerajaan perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
2-Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
3-Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
4-Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
5-Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.
Baca juga: [VIDEO] Wow! Wanita guna syiling beli motosikal, hasil menabung lima tahun
6-Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
7-Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
8-Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.
9-Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
10-Kategori isi rumah akan menerima RM300, warga emas tiada pasangan RM100 manakala bukang pula RM100.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 5 info Bantuan Awal Persekolahan 2023, tanpa had pendapatan RM150 setiap murid legakan ibu ayah
Sumber: " target="_blank" rel="noopener">Twitter @anwaribrahim
Kredit foto: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang