Bina kolam renang sendiri di rumah, jangan abai faktor keselamatan, hadam 10 perkara ini dulu

A
A
A

SEMAKIN ramai di kalangan kita yang telah membangunkan kolam renang di rumah sendiri atau inap desa.

Kos membina kolam boleh dikatakan semakin mampu milik. Malah ada yang serendah RM10,000 bagi  yang kekal manakala  RM1,000 untuk kolam jenis kanvas.

Dalam keterujaan membina kolam renang persendirian, Public Health Malaysia mengingatkan orang ramai tidak terlepas pandang dalam mengambil kira aspek keselamatan sebelum membinanya.

"Terbaharu, berita kematian anak kecil akibat lemas di dalam kolam. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga.

"Mengikut statistik, sebanyak 700 kes lemas dilaporkan setiap tahun yang mana 500 kes daripadanya melibatkan kanak-kanak.

"Manakala kira-kira 10 peratus daripada kes lemas tersebut berlaku di dalam kolam renang atau taman air," jelasnya.

Public Health turut menyenaraikan beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membina kolam di rumah di rumah;

1- Menilai risiko sama ada di dalam keluarga anda, jiran mempunyai anak kecil atau warga emas.

2- Lokasi dan keadaan tempat.

3- Akses kepada kolam.

4- Faktor kewangan.

5- Garis panduan dan regulasi kerajaan tempatan

Malah, binaan binaan pagar keselamatan perlu diutamakan. Ia perlu mengikut spesifikasi keselamatan agar ia tidak boleh dimasuki oleh kanak-kanak atau bayi tanpa pengawasan orang dewasa.

Tidak sekadar itu, setiap ahli keluarga perlu mempelajari teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada mangsa yang mengalami jantung terhenti.

Kemahiran pertolongan cemas ini amat berguna apabila berdepan situasi cemas untuk menyelamatkan mangsa lemas sementara menunggu bantuan pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.

“Anda dan keluarga juga perlu mempertingkatkan pengetahuan kecemasan seperti teknik CPR dan melakukan atau mengikuti latihan dari semasa ke semasa.

“Terdapat pelbagai kursus disediakan badan kerajaan atau persatuan,” katanya.

Selain, Public Health turut berkongsi tip asas keselamatan kolam untuk anak kecil seperti di bawah:

1-Pagar anti panjat.

2-Jarak kolam dengan pagar sekurang-kurangnya satu meter.

3-Tinggi pagar sekurang-kurangnya 1.2 meter.

4-Pagar auto selak di mana ia akan sentiasa tertutup walaupun lupa diselak secara manual.

5-Pemasangan kamera litar tertutup dengan spesifikasi motion detection yang boleh memberi notifikasi kepada telefon pintar.

Katanya, aspek ini amat penting bagi pemilik kediaman yang mempunyai anak yang masih kecil.

Pun begitu, risiko sentiasa ada. Tiada kolam yang 100 peratus kali bayi melainkan kita sentiasa memantau sentiasa anak ketika berada di rumah.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak berusia berusia setahun sembilan bulan yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang buatan sendiri.

Semoga kisah tersebut menjadi iktibar buat kita semua. Diharapkan info yang dikongsikan ini menjadi panduan pada masa hadapan.

Baca juga: Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Baca juga: Budak lemas depan mata, gagal kesan mak ayah. Perkongsian pemuda kongsi buka mata ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Foto: Freepik, Toddler Swimming 100 Days

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca