Halau lipas cara mudah guna pewangi, ini 5 aroma paling ditakuti di rumah!
Halau lipas cara mudah guna pewangi, ini 5 aroma paling ditakuti lipas di rumah!
KEHADIRAN lipas di dalam rumah ternyata amat mengganggu. Selain tikus, lipas juga merupakan salah satu hidupan yang menyebarkan pelbagai patogen.
Lipas boleh menyebarkan bakteria secara tidak langsung melalui makanan dan permukaan yang disentuh.
Sebagai contoh, bakteria Salmonella, Staphylococcus, Streptococcus, E-coli, Pseudomonas aeruginosa, dan Klebsiella pneumoniae.
Baca juga Petua halau lipas dalam kabinet, tip bunjut rempah DIY memang berkesan
Makanan yang tercemar dengan bakteria Salmonella juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Tetapi jangan khuatir kerana anda boleh mengusir lipas dengan menyebarkan aroma tertentu. Antaranya;
1) Lavender
Aroma lavender mampu memberikan kesan tenang kepada manusia tetapi tidak kepada lipas. Memetik laporan A-Z Animals, lipas amat benci dengan bau lavender.
Oleh itu, menanam pokok lavender di halaman rumah atau mencampurkan minyak pati lavender dengan air seterusnya semburkan di seluruh kawasan rumah merupakan idea yang tepat.
Baca juga Ketumbit bukan sebab skodeng, kencing lipas. Ini punca sebenar
2) Pudina
Daun pudina mengandungi kepekatan mentol sekali gus boleh membunuh lipas. Untuk hasil terbaik, campurkan minyak pudina dengan air. Gunakan campuran ini untuk disembur di seluruh kawasan rumah.
3) Serai
Serai paling mudah didapati malah ia antara bahan kegunaan seharian dalam masakan.
Tidak hanya itu, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan termasuk sebagai penghalau lipas.
Baca juga 8 fakta tentang lipas yang mungkin ramai tak tahu!
4) Daun salam
Bukan sahaja digunakan dalam masakan, daun salam juga turut digunakan untuk menghasilkan pati haruman dan wangian.
Pokok ini menghasilkan minyak yang dipanggil Nepetalactone yang dikatakan lebih efektif daripada racun serangga.
Aromanya bukan hanya mampu menghalau lalat malah lipas juga tidak gemar dengan baunya.
Caranya mudah, hancurkan daun salam dan simpan dalam mangkuk. Letakkan mangkuk ini di kawasan yang sering dilalui lipas.
5) Catnip
Pokok catnip digemari oleh kucing namun ditakuti lipas. Menurut kajian, pokok ini menghasilkan minyak yang dipanggil Nepetalactone yang dikatakan lebih efektif daripada racun serangga.
Anda hanya perlu rebus daun catnip selama 10 minit. Biarkan dingin sebelum air rebusannya dimasukkan ke dalam botol penyembur. Selepas itu, semburkan di kawasan lipas berkumpul.
Baca juga Hati-hati! Lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam koyak
Semoga bermanfaat!
Sumber: astroawani
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang