IC rosak? Ini cara mudah tukar MyKad melalui panggilan telefon, 30 minit siap!

A
A
A

IC(identity card) atau dikenali MyKad merupakan kad pengenalan diri yang digunakan di Malaysia.

MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri menjadikan kad pintar itu selamat.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya.

Betapa pentingnya kad ini, jika anda gagal mengemukakan MyKad boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali!

Baca juga: Ini cara betul palang MyKad. Elak disalahguna, identiti dicuri. Ada 3 jenis kad pengenalan lain di Malaysia

Mungkin ramai yang mengalami masalah kerosakan kad pintar pelbagai guna ini yang mungkin membabitkan kerosakan bahagian cip.

Anda kini tak perlu beratur di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh mendapatkan gantian menerusi panggilan telefon atau ‘Myphone-In’.

“Nak mohon gantian MyKad online tapi tak boleh akses internet?

“Tak perlu risau. Anda boleh memohon gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon dengan menghubungi talian 03-8880 8066," kongsi laman sosial rasmi JPN.

Baca juga: IC hilang? Ini kadar denda dan prosedur permohonan MyKad online

Berikut cara dan syarat permohonan:

1-Perkhidmatan ini hanya layak digunakan oelh warganegara Malaysia sahaja.

2-Permohonan untuk gantian MyKad biasa atau cip/ kad rosak.

3-Bayaran permohonan RM10 akan dikenakan semasa pengambilan kad.

4-Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja.

5-Pemohon di bawah usia 18 tahun perlu ditemani ibu, bapa atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.

6-MyKad siap sedia dikutip di semua Pejabat Percetakan Teragih dalam masa 30 minit sahaja selepas permohonan.

7-Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibenarkan.

8-Caj hilang akan dikenakan sekiranya pemohon tidak mengemukakan MyKad lama semasa mengambil MyKad baru di kaunter.

9-Anda boleh menghubungi talian hotline 03-8880 8066 dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang.

10-Waktu rehat JPN adalah jam 1 tengah hari hingga 2 petang manakala Jumaat jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang.

Makin mudah kan? Semoga informasi ini memberikan manfaat!

Baca juga: Ini cara betul palang MyKad. Elak disalahguna, identiti dicuri. Ada 3 jenis kad pengenalan lain di Malaysia

5 INFO MENARIK MYKAD

1-MyKad diperkenalkan pada tahun 5 September 2001, kad pengenalan itu dibangunkan berasaskan sistem dan proses baharu yang memenuhi ciri keselamatan terkini.

2-Ia mempunyai aplikasi yang berupaya diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

3-Ciri keselamatan MyKad termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat.

4-MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri menjadikan kad pintar itu selamat.

5-MyKad memasukkan minutiae cap jari individu ke dalam cip dan membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci dengan menggunakan alat pembaca MyKad.

6-Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad.

7-Sijil Digital membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti pengesahan di mana orang lain tidak boleh menyamar, pembuktian tandatangan digital sebagai bukti sah transaks, sulit yang mana boleh dienkrip sebagai sulit dan integrit di mana tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat.

8-MyKad adalah dokumen sah lesen memandu.

9-Ia juga dokumen kesihatan yang mana maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat boleh dimasukkan ke dalam cipnya.

10-Kad pengenalan diri pintar juga memaparkan maklumat nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina pada luar kad.

Sumber: Facebook JPN

Foto utama: JPN, Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca