Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

A
A
A

DALAM kehidupan harian, kita pasti tidak terlepas dengan menikmati hidangan bergoreng.

Namun, kita perlu tahu bahawa penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian.

Apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.

Menurut Dr Ahmad Samhan, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis iaitu salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal, penyakit hati, jantung, alzheimer, parkinson dan barah.

"Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

"Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

"Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang," tulisnya di Facebook.

Katanya juga, minyak kitar semula tidak sesuai untuk masak makanan.

"Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.

"Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan," katanya.

Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

Berikut pesanan Dr Ahmad Samhan buat korang faham betul-betul berkaitan minyak untuk memasak.

1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

2. Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.

Ini kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg.

Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Baca juga Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

4. Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

6. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Malah, mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2007 mendapati hampir 98% kandungan vitamin E dalam minyak akan musnah selepas lima kali digoreng.

Kajian yang pernah dilakukan oleh UKM, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Belilah yang ada label SIRIM. Tak perlu terlalu jimat demi kesihatan.

Ini menunjukkan minyak itu telahpun kehilangan khasiat malah pengambilan minyak ini boleh memudaratkan kesihatan.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca