Jangan pandang remeh! 7 perkara utama ini boleh batal puasa, wanita wajib kena tahu

Ramadan
Ramadan
A
A
A

Jangan pandang remeh! 7 perkara utama ini boleh batal puasa, wanita wajib kena tahu

PUASA itu menahan diri. Dari segi istilah, puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada Subuh sehingga Maghrib.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Ayat ini merupakan perintah untuk kita berpuasa. Kenapa pada hujung ayat itu ditekankan tentang "supaya kamu bertakwa"?

Sebab, ketakwaan itu boleh dicapai melalui kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang daripada melakukan perkara yang menjadi asasi kepada kita manusia, iaitu makan dan minum.

Sebagai Muslim, kita harus cakna perkara-perkara yang membatalkan puasa agar amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadan tidak menjadi sia-sia.

Baca juga Buat sendiri solok lada tak susah pun, puas hati makan. Wanita tunjuk cara frozen untuk Ramadan

Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa kita;

1. Makan dan minum dengan sengaja

Tidak kira sama ada sedikit atau banyak, sekiranya anda dengan niat sengaja untuk makan dan minum, maka ibdah puasa anda sama sekali terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya perbuatan ini dilakukan akibat anda terlupa atau tidak sengaja, maka puasa anda tidak terbatal dan anda wajib meneruskan puasa tersebut sehingga waktu berbuka.

Untuk rujukan, sila Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

2. Memasukkan benda ke dalam rongga

Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata.

Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.

Laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

Sekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.

Baca juga Beramal seperti Ramadan terakhir dalam hidup, Ustazah Asma’ kongsi checklist 10 amalan terbaik

Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi

3. Sengaja muntah

Muntah dengan sengaja juga merupakan perbuatan yang membatalkan puasa.

Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang beriku:

Rasulullah bersabda:

Barang siapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada’ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada’. (riwayat Abu Daud)

4. Persetubuhan

Bersetubuh sama ada mengeluarkan air mani juga termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh menyebabkan puasa kita terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya air mani tersebut keluar akibat kita bermimpi ketika tidur pada siang hari, maka tidaklah terbatal puasa kita padahari tersebut.

6. Datang darah haid atau nifas

Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa.

Sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka puasa anda secra automatiknya terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.

7. Gila atau Murtad

Seseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.

Orang yang murtad juga terbatal ibadah puasanya kerana ibadah puasa ini hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam.

Semoga bermanfaat. Bersamalah beramal agar Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca