Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Talak tiga cerai
Talak tiga cerai
A
A
A

Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

DALAM kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku contohnya bercerai.

Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal.

Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat.

Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya.

Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.

Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.

Benar kalian, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka.

Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita.

Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.

Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan-kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.

Baca juga Jom praktik! Elak perang besar suami isteri, tiga masa ini paling sesuai berbincang

Dah bercerai bukan lesen aibkan pasangan, tanggungjawab wajib dilaksanakan Gambar fail.

Kalian sekalian, ini perkara perlu diambil cakna selepas perceraian;

1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.

2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.

3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.

4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.

Baca juga ‘Kita isteri jangan kalah dengan skandal’, Bienda mohon wanita jangan lepas tangan, pantau suami

5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki diluar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.

6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.

Begitulah. Semoga bermanfaat!

Sumber: Firdaus Mokhtar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca