Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian
A
A
A

BUKAN sekali dua kita membaca berita tragedi kematian anak kecil akibat lemas.

Ada kejadian melibatkan lemas di dalam besen atau baldi di bilik air, namun ada juga tragedi maut di sungai, pantai, taman tema, kolam renang dan sebagainya.

Seharusnya insiden yang melibatkan nyawa anak-anak kecil tidak perlu dipandang enteng memandangkan mereka tidak berupaya untuk 'menyelamatkan' diri tatkala berdepan detik cemas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Terbaharu, kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang buatan sendiri patut diambil iktibar.

Tragedi meragut nyawa itu berlaku di Kampung Balun, Slim River, Tanjung Malim kelmarin.

Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Baca juga Budak lemas depan mata, gagal kesan mak ayah. Perkongsian pemuda kongsi buka mata ramai

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemukan tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu segera dibawa di Hospital Slim River untuk rawatan awal. Semasa dirawat, mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal. Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil.

Ujarnya lanjut, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini ketika rawatan.

Menurut beliau, proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak itu dan polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan dibuka di mana siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.

Sementara itu, menurut hellodoktor, berikut adalah langkah pencegah yang boleh dilakukan:

Rumah

  • Pastikan korang sentiasa mengawasi anak.
  • Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan.
  • Kosongkan bekas air seperti timba yang tidak digunakan. Sebaiknya terbalikkan bekas air tersebut.
  • Tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun di luar rumah.

Kolam renang

  • Nasihatkan anak supaya tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada di dalam air.
  • Pastikan terdapat pengawal keselamatan berkelayakan bertugas.
  • Sentiasa awasi anak dan jangan biarkannya sendirian.
  • Pastikan anak menggunakan pelampung.

Baca juga Ramai yang dapat status HSO, PUS dalam MySejahtera, ini sebenarnya

Kawasan air lain seperti sungai atau laut

  • Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran air.
  • Ajar anak untuk mengenali tanda bahaya.
  • Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air.
  • Berikan pakaian yang bersesuaian kepada anak.
  • Waspada dengan kedalaman air.
  • Sentiasa memantau keadaan anak.

Justeru, sebagai ibu bapa atau penjaga, jangan sesekali terleka atau cuai kerana dalam sekelip mata sahaja macam-macam tragedi yang boleh terjadi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca