Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu
KANAK-KANAK merupakan golongan paling berbahaya jika terkena sengatan haiwan spesies berbisa, obor-obor.
Antara lokasi yang sering menjadi kunjungan keluarga untuk bersantai dan berehat tentunya pantai.
Bagaimanapun awas, dalam keseronokan bermandi-manda, pengunjung sewajarnya berhati-hati dengan kehadiran obor-obor berikutan cuaca panas dan kering pada ketika ini kerana ada antara spesies itu mampu membunuh dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak warga Perancis yang dilaporkan maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, Perak, kelmarin.
Memetik laporan akhbar tempatan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dan keluarganya pergi ke pantai tersebut untuk mandi setelah mendaftar di sebuah hotel di pulau peranginan itu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata kira-kira 30 minit kemudian kanak-kanak tersebut tiba-tiba menjerit kesakitan.
Ujarnya, orang awam yang ada berhampiran dengan kanak-kanak itu telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati dia telah terkena sengatan obor-obor.
Menurutnya, semasa mangsa dibawa naik ke darat, keadaannya mula tidak sedarkan diri dan keluarga mangsa telah membawa dia ke Klinik Kesihatan Pangkor.
Ujar beliau, kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor.
Sementara itu, ini enam fakta berkaitan obor-obor;
1. Struktur obor-obor lembut seperti jeli, dikenali sebagai haiwan laut berbisa.
2. Dikatakan haiwan berbisa obor-obor mampu membunuh manusia hanya dalam tempoh tiga minit.
3. Hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada golongan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan rasa gatal.
4. Warnanya cantik, jadi ada kemungkinan individu terutama kanak-kanak teruja melihat dan menyentuhnya kerana tidak tahu apa risiko yang bakal dihadapi.
5. Menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Amerika Syarikat (AS), gigitan haiwan yang dikenali sebagai box jelly fish (obor-obor kotak) kerana bentuk badannya berkotak itu boleh menyebabkan individu menjadi lumpuh, mengalami serangan jantung dan bahkan kematian beberapa minit selepas disengat.
6. Sebilangan besar daripada 4,000 spesies obor-obor hanya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika menyengat manusia.
Jadi, awas yer! Pantau anak-anak anda jika bermain di sekitar persisiran pantai. Jangan sesekali bertindak memegang, menyentuh atau menyimpan spesis berbisa tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang