Legakan bersin pagi, doktor kongsi petua, hanya guna bawang putih dan air
KERAP bersin pada waktu pagi menyebabkan ramai kurang selesa. Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk, ini semua antara reaksi alergi menjengkelkan. Rupanya ada cara untuk legakan, hanya menggunakan bawang putih dan air.
Gejala alahan kadang kala berlaku disebabkan oleh allergic rhinitis atau dikenali sebagai resdung.
Baca juga: Khasiat bawang putih untuk anda
Baca juga: Minyak bawang putih pelbagai guna homemade untuk batuk, berkahak dan selesema pun boleh
Bagi yang mengalaminya tentu boleh ‘menyelami’ ketidakselesaan yang dihadapi. Pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk melegakannya.
“Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita, sana sini dengar.
“Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin. Tiada lagi resdung,” katanya.
Baca juga: Susah nak tidur, telinga berdesing selama 14 hari-Pesakit resdung
Menurut Dr Rizal, bahan utama yang digunakan ialah bawang putih dan air. Berikut langkah penyediaannya.
1)Ambil tiga hingga empat ulas bawang putih dan kupas kulitnya.Hancurkan.
2)Masukkan dua cawan air dalam periuk
3)Panaskan lebih kurang empat minit atau sehingga naik wap
4)Masukkan bawang putih yang dihancurkan
5)Ambil tuala kecil, letak atas kepala atau litupi kepala. Halakan wajah di atas air rebusan bawang putih yang berwap.
6)Sedut bau yang keluar dari wap tersebut yang mengeluarkan bahan yang melegakan. Antaranya allicin.
Menurut Dr Rizal, dia sendiri berasa lega selepas menyedut wap bawang putih.
“Paling best lendir akan keluar, boleh bernafas dengan lapang.
Kepada yang alami sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega, power bawang putih ni,” katanya.
Menurut webmd, bawang putih diiktiraf secara meluas kerana keupayaannya untuk melawan bakteria, virus, kulat, dan parasit.
Baca juga: Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah
Satu kajian mendapati allicin, iaitu komponen aktif bawang putih yang baru dihancurkan mempunyai ciri antivirus. Ia juga berkesan terhadap pelbagai jenis bakteria termasuk strain E.coli yang kebal terhadap ubat-ubatan.
Justeru, wanita yang menghadapi resdung, manfaatkan bawang putih. Ia bukan sahaja ramuan memasak di dapur, malah boleh melegakan sengsara bersin pagi.
Baca juga: Kecoh! Virus H1N1 mudah berjangkit hanya melalui batuk dan bersin. Ini apa yang korang perlu tahu!
Sumber: Instagram Rizal Abu Bakar, webmd
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang