Menarik! WhatsApp benarkan pengguna 'edit' mesej yang sudah dikirim
Menarik! WhatsApp benarkan pengguna 'edit' mesej yang sudah dikirim
APLIKASI mesej WhatsApp nampaknya sentiasa mengemas kini ciri terbaru yang lebih efisien bagi memudahkan penggunanya.
Terbaru, WhatsAppkini membenarkan pengguna untuk menyunting mesej yang telah dihantar termasuk membuat perubahan atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim mereka sebelum itu.
Menurut laporan Reuters, fungsi ini membolehkan pengguna membuat perubahan atau memperbetulkan mesej yang telah dikirim mereka sebelum itu.
Dengan kemampuan ini, pengguna dapat mengubah teks, mengganti kata atau menambah maklumat baharu dalam mesej yang telah dihantar.
Dalam pada itu, proses suntingan ini juga tidak akan meninggalkan pemberitahuan atau notifikasi kepada penerima mesej mengenai perubahan yang dilakukan.
Menariknya! Bagi mereka yang sering membuat kesalahan ejaan atau ingin mengemas kini maklumat dalam mesej, fungsi suntingan ini memberi fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar.
Bagaimanapun, WhatsApp mengingatkan bahawa penggunaan fungsi suntingan ini harus digunakan dengan teliti dan bertanggungjawab.
Baca juga Cara Keluar Dari WhatsApp Group Mudah, Ahli Tak Perasan
Pengguna juga perlu memastikan perubahan yang dibuat tidak menyebabkan salah faham atau mengubah maksud mesej asal.
Dengan penambahan fungsi suntingan ini, WhatsApp memberi pengguna lebih banyak kawalan dan kemudahan dalam berkomunikasi melalui platform mereka.
Menjengah ke laman Facebook pengasasnya, Mark Zuckerberg turut berkongsi perkara berikut.
Ujarnya, "anda kini boleh mengedit mesej WhatsApp anda sehingga 15 minit selepas ia dihantar!"
Gunalah sebaik mungkin kemudahan yang disediakan. Berkomunikasilah dengan berpada-pada.
Baca juga 2 cara keluar dari WhatsApp group. Mudah, tak akan ada yang perasan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang