Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu
SEDAPNYA air kelapa terutama ketika cuaca panas. Selain manis semula jadi dan menghilangkan dahaga, tahukah ibu-ibu bahawa air kelapa sarat dengan nutrien untuk si kecil?
Memang nyaman jika dapat minum air kelapa selalu, terutama jika panas terik. Sejuk menyegarkan. Tidak hanya kepada individu dewasa, air kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera juga bermanfaat kepada kanak-kanak.
Baca juga: Tip pilih kelapa muda banyak air dan elok isinya
Baca juga: Guna minyak kelapa dara atasi sembelit, ruam pada bayi. Ini 4 lagi manfaat lain yang sangat berguna
Menurut Dr Mazliana Mazlan, air kelapa berupaya menyingkirkan toksin daripada tubuh kanak-kanak.
“Sebab tu kita kena bagi anak minum air kelapa segar paling kurang seminggu sekali.
“Terlalu banyak khasiat air kelapa buat anak-anak. Air buah yang asli dan tinggi sangat nutrisi buat anak-anak,” titipnya yang turut menyenaraikan kandungan mineral dan nutrien dalam air kelapa termasuklah;
- Zat besi
- Klorida
- Potasium
- Natrium
- Fosforus
- Magnesium
- Asid laurik
- Kalsium
Baca juga: Covid-19: Air kelapa muda mampu kurangkan keberkesanan vaksin? Ini penjelasan sahih ahli dietetik
Selain itu, Dr Mazliana berkongsi tujuh sebab air kelapa perlu diberikan kepada si kecil dan setiap minggu;
1. Menyihatkan kulit
-Air kelapa melembapkan kulit kanak-kanak. Ia mengandungi antibakteria, antiviral dan antimikrob yang bantu mengelakkan jangkitan kuman pada kulit.
2. Membantu penghadaman
- Air kelapa tinggi dengan fiber (serat) untuk sistem penghadaman yang lebih baik.
3. Hidrasi tubuh anak
- Air tenaga yang tinggi kandungan potasium dan sodium boleh mengelakkan dehidrasi kanak-kanak. Malah katanya sangat sesuai diberi semasa kanak-kanak tidak dan kurang selera makan.
4. Menguatkan tulang
- Air kepala tinggi kalsium seterusnya membantu tulang yang sihat dan kuat.
5. Melawan jangkitan kuman
- Bersifat antibakteria, antivirus dan antimikrob. Malah katanya air kelapa dulu dicari apabila anak mula nak demam.
6. Mengelakkan kecacingan
- Antara makanan semula jadi (natural food) yang paling bagus untuk rawat kecacingan pada kanak-kanak. Sarannya, ibu bapa perlu memberikan kanak-kanak secawan air kelapa setiap pagi.
7. Detoks badan anak
- Toksin mungkin datang daripada makanan proses, sabun yang digunakan atau persekitaran. Justeru katanya air kelapa perlu diminum, memang ‘tak boleh tinggal’.
Baca juga: Nasi dipanaskan semula risiko keracunan, ibu wajib tahu ni, doktor kongsi cara simpan
Ternyata banyak khasiat air kelapa bukan sahaja kepada orang dewasa, malah kanak-kanak. Malah katanya bukan airnya sahaja, semua hasil daripada kelapa tinggi khasiatnya.
Mazliana mengingatkan ibu bapa agar mengutamakan makanan dan minuman daripada sumber yang asli, bukan makanan berproses agar kesihatan si kecil terpelihara.
“Elakkan jus yang tinggi kandungan gula, perasa dan pewarna tiruan daripada anak-anak.
“Gantikan dengan air kelapa tinggi nutrisi untuk anak. Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dalam makan minum anak,” katanya.
Justeru, kata ibu jadikan air kelapa muda minuman buat keluarga kerana banyak manfaatnya untuk kesihatan.
Jika ingin membeli, pastikan air dari sumber yang asli (buah) dan bukan yang diawet ya!
Baca juga: Kulit udang jangan buang, rupanya tinggi khasiat, baik untuk tulang, gigi
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang