'Tanpa jujur masih boleh gembira tapi bukan bahagia', 'deep' pesanan Ustazah Asma'
'Tanpa jujur masih boleh gembira tapi bukan bahagia', 'deep' pesanan Ustazah Asma'
SETIAP pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.
Proses mewujudkan pernikahan yang diimpikan setiap pasangan bukanlah perkara mudah.
Ia memerlukan usaha dan komitmen dari kedua belah pihak kerana masing-masing memiliki perbezaan karakter dan latar belakang.
Bila sudah duduk serumah, tidur sekatil, barulah ‘true colour’ pasangan akan mula kelihatan dan inilah permulaan segala cabaran alam perkahwinan.
Menurut pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun, apa yang paling penting dalam sesebuah rumah tangga adalah ikhlas dan jujur.
Ujarnya, dua perkara itu wajib kena ada kerana tanpa ikhlas dan jujur, tidak akan ada ketenangan dalam kehidupan berpasangan itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Ustazah Asma’menulis berkaitan kejujuran dalam sebuah perhubungan.
"Kejujuran akan bawa ketenangan, dusta membawa kegelisahan.
Dalam sebuah perhubungan, ikhlas dan jujur adalah asas dan pasak utama. Tanpa jujur masih boleh gembira, tapi bukan bahagia, lama-lama akan menderita!," tulisnya.
Baca juga Padu! Sejuk hati baca nasihat Dr Zulkifli untuk Syamsul dan keluarga, netizen tak terkecuali
Dalam perkongsian itu, Ustazah Asma’ turut kongsi sepotong hadis juga berkenaan dengan kejujuran.
"Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda;
"Hendaklah kamu berlaku jujur karena kejujuran menuntunmu pada kebenaran, dan kebenaran menuntunmu ke syurga. Dan senantiasa seseorang berlaku jujur dan selalu jujur sehingga dia tercatat di sisi ALLAH SWT sebagai orang yang jujur. Dan hindarilah olehmu berlaku dusta kerana kedustaan menuntunmu pada kejahatan, dan kejahatan menuntunmu ke neraka. Dan seseorang senantiasa berlaku dusta dan selalu dusta sehingga dia tercatat di sisi ALLAHh SWT sebagai pendusta." (H.R. Muslim).
Pesanan Ustazah Asma' itu menarik perhatian warga maya. Mereka bersetuju dengan ikhlas dan jujur pada kebenaran akan menjadikan keluarga bahagia.
Ujar mereka;
"Betul sangat ustazah. Benda paling saya benci adalah tidak berlaku jujur. Baik dalam perhubungan, pekerjaan atau apa sahaja kejujuran sangat penting."
"Seperti mana kita mahu diperlakukan jujur... seperti itu juga orang lain mahu kita bersikap jujur..."
Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri
"Kadang kita pikir bohong untuk kebaikan tapi sebetulnya memudaratkan... adakalanya terpaksa berbohong untuk menjaga hati tapi akhirnya kecundang juga dengan sebuah kebohongan."
"Suka dengar kata-kata dari Ustazah Asma'. Semuanya menusuk ke dalam hati. Terima kasih ustazah!"
"Jujurlah walaupun pahit untuk ditelan sekurangnya tak sakit begitu lama dan mendalam."
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang