Tokyo 2020: Dah kalah, tetapi boleh berlumba lagi? Ini maksud repechage dalam acara berbasikal

tokyo
tokyo
A
A
A

SEMALAM, dua pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah berjaya mengharungi pusingan repechage di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pun demikian, ramai yang tertanya-tanya mengenai pusingan yang telah dilalui mereka.

Jadi, hari ini, SinarPlus berbesar hati ingin kongsikan maksud repechage dalam acara sukan berbasikal kepada semua pembaca.

Menurut laman web independent.co.uk, repechage merupakan pusingan khusus bagi menentukan pelumba layak ke pusingan kedua atau suku akhir.

"Pusingan itu akan menentukan pelumba yang berjaya ke pusingan seterusnya kerana hanya pemenang di tangga pertama sahaja layak ke pusingan kedua," beritahu mereka.

Ini bermakna, jika pelumba gagal menang di peringat pusingan pertama atau kedua, ia bererti atlet masih belum disingkirkan lagi.

Sebaliknya, mereka perlu berlumba semula dengan pelumba yang kalah dalam pusing berkenaan.

Kalah perlu lawan dengan yang kalah.

Akhirnya, pelumba yang menang akan melengkapkan senarai untuk layak ke pusingan seterusnya.

Secara keseluruhan, terdapat enam format bagi acara berbasikal dan salah satunya sprint (pecut).

Apa yang penting dua pelumba berbasikal negara kita berjaya mara ke kelompok 12 pelumba terakhir dalam acara pecut.

Baca juga: Skuad badminton ‘berbisa,’ penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Pusingan seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada petang ini (5 Ogos) bermula jam 2.48 petang.

Untuk makluman semua pembaca, menanti Azizulhasni di peringkat seterusnya ialah pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, manakala Muhammad Shah Firdaus akan bertemu Harrie Lavreysen juga dari negara yang sama.

Memang berdebar, harap tuah menyebelahi Azizulhasni dan Muhammad Shah. Kita harap mereka membawa kilauan emas ke tanah air.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca