[VIDEO] Sengaja langgar lampu merah sekolah, aksi berani anggota Rela sebat, tepuk kereta dipuji
UMUM mengetahui kawasan sekolah adalah lokasi di mana pemandu perlu memperlahankan kenderaan dan mematuhi pegawai lalu lintas yang bertugas.
Dengan paparan papan tanda kanak-kanak melintas, pemandu kenderaan perlu memberikan laluan kepada orang melintas dengan berhati-hati tanpa membunyikan hon.
Apatah lagi apabila terdapat lampu isyarat, para pemandu perlu berhati-hati dan mematuhi lampu isyarat. Nyalaan kuning, pemandu perlu bersedia untuk berhenti manakala merah perlu berhenti.
Kehadiran anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) membantu mengawal lalu lintas di sekolah. Ia membantu menjaga keselamatan pelajar sekaligus mengawal lalu lintas di kawasan sekolah untuk mengelak risiko kemalangan maut.
Baca juga: Anggota RELA maut ketika pulang bertugas di Pusat Kuarantin ILKKM
Baru-baru ini, tular di laman sosial tindakan seorang anggota Rela wanita yang bertindak membaling kayu ke arah sebuah kenderaan memecut melanggar lampu isyarat merah di kawasan sekolah.
Selain itu, dia turut menepuk salah sebuah kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.
Warga maya rata-rata menyokong tindakan ‘kakak’ Rela itu yang tegas dalam menjalankan tugas demi keselamatan murid sekolah.
-“Seolah-olah petugas mengawal lalulintas / trafik tidak wujud. Tak kira polis trafik, JPJ, Rela atau pengawal keselamatan, mereka menjalankan tanggungjawab mereka tolonglah hormati demi keselamatan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.”
- “Bagus Rela buat macam itu, sebelum ada yang terlanggar anak orang lagi panjang cerita di mahkamah.”
- “Bagus tindakan kakak Rela tu. Nyawa tiada tukar ganti.”
- “Much respect kakak Rela terbaik.”
- “Sebab kakak Rela buat kerja tu kerana ALLAH, dia pegang amanah kerja untuk jaga keselamatan murid-murid melintas. Syabas, moga ALLAH SWT merahmati.”
Baca juga: Terbaik! Anggota wanita APM sanggup jadi waris, untuk uncle India tidak dikenali suntik vaksin
CURAH KHIDMAT SEJAK 1948
Peranan Rela dalam membantu pasukan keselamatan negara bukan perkara baharu. Ia telah bermula sejak awal penubuhan Home Guard (Pengawal Kampung) pada 1948 yang berperanan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan kampung.
Tugas anggota Rela amat sinonim dengan mengawal lalu lintas di majlis kenduri kahwin, pasar malam mahupun majlis keramaian lain, namun, ramai masih tidak tahu pasukan sukarelawan itu turut menggalas peranan penting dalam menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.
Mengikut Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2021, terdapat lima peranan dan tugas seorang anggota Rela iaitu membantu mana-mana pasukan keselamatan, membantu mengubah haluan kenderaan bermotor, mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat, mengawal bangunan kerajaan dan menjalankan apa-apa arahan daripada Ketua Pengarah Rela.
Penguatkuasaan khidmat Rela bagi menjaga keselamatan lalu lintas di sekolah dimulai pada tahun 2016 selepas seorang murid di Bagan Serai, Perak, dirempuh treler membawa muatan ayam ketika dia melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.
Sehari sebelum itu, seorang murid di Dungun, Terengganu turut dilanggar ketika sedang melintas jalan ke sekolahnya.
Baca juga: 10 tip latih anak naik van sekolah, ibu bapa perlu terlibat minggu pertama, lakukan perkara ini
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang