Foto tular 4 beradik berbekalkan sebungkus plastik berisi lampin pakai buang & susu dihalau nenek runtun hati ramai

Foto tular 4 beradik berbekalkan sebungkus plastik berisi lampin pakai buang & susu dihalau nenek runtun hati ramai
Foto tular 4 beradik berbekalkan sebungkus plastik berisi lampin pakai buang & susu dihalau nenek runtun hati ramai
A
A
A

Foto tular 4 beradik berbekalkan sebungkus plastik berisi lampin pakai buang & susu dihalau nenek runtun hati ramai

SEJAK semalam tular di media sosial gambar empat beradik dengan seorang kanak-kanak lelaki dilihat memangku seorang bayi.

Kelihatan juga bersama mereka sebungkus plastik berisi lampin pakai buang dan susu.

Rupanya, empat beradik ditinggalkan tanpa jagaan selepas dihalau nenek mereka sendiri.

Entah apa puncanya, seorang nenek tergamak menghalau empat cucu yang berusia 11 tahun hingga 10 bulan keluar dari rumah di Kampung Kuchai, Bota semalam.

Memetik laporan Utusan, keempat-empat beradik itu ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, berikut info berkaitan;

1. Polis menerima maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 5.39 petang semalam, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Baca juga Asbab sebiji bola kanak-kanak terkena renjatan elektrik, melecur seluruh badan terjatuh dalam bilik jana kuasa TNB, ini kronologinya

Kredit foto: Pexels

2. Pengadu memberitahu, kehadiran empat beradik itu disedari pengawal keselamatan setelah mereka ditinggalkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota di hadapan pondok pengawal.

3. Empat beradik itu terdiri daripada tiga lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun selain bayi berusia 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

4. Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali.

5. Pengadu kemudiannya menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan.

6. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452.

Baca juga Kanak-kanak lebih mudah marah, kurang daya tumpuan jika ‘menghadap’ gajet berjam-jam. Pakar beri amaran

Dalam pada itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu, siasatan kes berkenaan sedang dijalankan pihak polis dengan kesemua kanak-kanak itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan polis dan JKM akan mengambil tindakan selaras dgn hasil siasatan tersebut.

Menjengah ke media sosial, foto tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya sebak melihat situasi empat beradik itu.

Moga dipermudahkan urusan buat empat beradik terbabit. Sedihnya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca