‘Hebatnya kuasa ALLAH.’ Ini kisah sebenar sejadah, karpet imam surau tidak tersentuh air banjir

A
A
A

HEBAT kuasa ALLAH, setiap kejadian yang berlaku pasti terselit hikmah yang membuktikan kebesaran-NYA.

Ternyata terlalu banyak bukti ALLAH MAHA BESAR yang yang diperlihatkan menerusi pelbagai insiden. Antaranya al-Quran dan rumah diwakafkan untuk jemaah tabligh tidak dibasahi air banjir.

Baca juga: Ajaibnya laungan azan, rumah lelaki ini tak dimasuki air banjir. “Ia hanya lalu, tidak masuk rumah.”

Baru-baru ini tular video yang memaparkan ruang solat bagi imam bersih tidak terkesan banjir sedangkan di sekelilingnya berlumpur tebal.

Keajaiban itu berlaku di Padang Kubu, Terengganu dikongsikan Kamariah Ibrahim, 36 menerusi laman sosial TikTok. yang membersihkan surau berkenaan selepas ditenggelami banjir.

Kamariah (duduk tengah) bersama rakan-rakan

"Allahurabbi hebat aturan ALLAH, sedikit pun tempat solat imam tidak terkena selut walhal kawasan ini 100 peratus dimasuki air paras pinggang dan berlumpur.

"Geng mengaji kakak telah bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir pada 18 Disember 2022," titipnya.

Baca juga: Kronologi menyayat hati 3 beradik sehidup semati, maut renjatan elektrik tika harung air banjir

Kamariah yang dihubungi SinarPlus memaklumkan perkara itu disedari oleh guru mengaji Al-Quran mereka yang dikenali sebagai Kakak.

Kamariah bersama guru mengajinya dan geng mengaji meluangkan masa membersihkan surau yang dipanggil Surau Berek itu pada 20 Disember.

“Ketika pintu gelangsar surau itu dibuka, Kakak masuk, kami menunggu di luar kerana lumpur tebal dan licin. Kakaklah orang pertama yang nampak keajaiban tersebut. Lama beliau berfikir berasakan tidak percaya apa yang dilihat. Selepas itu dipanggil abang dalam gambar minta tengok sekali dan mula merakamkan gambar sejadah dan karpet yang sedikit pun tidak kotor.

“Disebabkan warna sejadah merah, karpet pula hitam memang jelas dilihat Kakak. Tempat lain semuanya diselaputi lumpur, cuma bahagian  Imam sahaja tidak terkesan.

“Tetapi bawah karpet itu memang ada lumpur,” kata Kamariah yang turut menceritakan kehadiran dua ekor ular di surau berkenaan ketika proses pembersihan.

Baca juga: Kereta ‘buat hal’ hampir waktu berbuka, wanita India terharu tindakan jemaah surau di Ampang

 

Didakwa warga maya meletakkan sejadah selepas membersihkan surau, Yah menegaskan rakan-rakan yang hadir ketika gotong royong berkenaan tidak berbuat demikian.

Ia terbukti dengan keadaan sekeliling sejadah yang masih tidak tersentuh tanpa kesan tapak kaki.

Melihat sendiri keajaiban itu, Kamariah bermuhasabah.

"ALLAH jentik hati bersihkan surau untuk memperlihatkan kebesaran-NYA, Subhanallah.

"Selepas kejadian itu saya merasakan diri ini kecil sahaja, malah takut pun ada.

"Selama ini lebih mengejar dunia daripada akhirat. Perkara ini membuka mata saya untuk mendekatkan diri kepada DIA,” ujar Kamariah.

Insiden tular yang menerima lebih 3.4 juta tontonan di TikTok itu menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan kekaguman bukti kehebatan ALLAH.

- "Itu tandanya DIA memberi peringatan kepada kita agar tidak lalai, kasih sayangnya tidak terhingga."

- "Dari sini kita boleh melihat bagaimana ALLAH sayang kepada orang yang taat kepada-NYA."

- "Perkara sebegini banyak berlaku di Kelantan ketika banjir 2014, cuma tiada gambar. Ada rumah yang bilik solatnya langsung tidak basah sedangkan ketika banjir tenggelam hingga bumbung tidak nampak"

- "Betul, rumah nenek saya al-Quran langsung tidak basah. Hairan sangat kerana air masuki rumah hingga paras lutut."

- "ALLAH MAHA BERKUASA."

- "Kisah paling nyata semasa tsunami Acheh, Masjid Baiturrahman sahaja yang tidak hancur, sementara bangunan di sekeliling seperti padang jarak padang terkukur ."

Baca juga: Sukarelawan meninggal tika menabur bakti dalam Ops Banjir, pemergian dicemburui hari Jumaat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca