Kemalangan maut 9 beranak: Suami diserap kakitangan tetap, anak tidak terlibat nahas ditaja pendidikan
KEMALANGANmeragut nyawa sembilan sekeluarga baru-baru ini sungguh menyayat hati.
Proton Wira dinaiki wanita, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan anaknya maut dalam kemalangan tragis apabila kenderaan terperosok di bawah treler selepas berhenti kerana mengalami kerosakan.
Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, adalah satu-satunya yang selamat dalam kemalangan itu.
Seorang lagi anak mereka yang tidak terlibat nahas, Haikal Faiz,14, berhadapan kehilangan besar selepas ibu dan adik-beradik pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata.
Baca juga: Sekelip mata terbaring atas jalan raya cerita suami, ini kronologi kejadian maut ragut 9 beranak
Kisah memeritkan dua beranak itu mendapat perhatian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Difahamkan, Abd Razak bertugas sebagai pengawal keselamatan di agensi di bawah MITI iaitu Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Shah Alam.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menziarahi kediaman kakitangannya itu di Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.
Selain menyampaikan sumbangan, Azmin turut berkongsi berita gembira buat Abdul Razak dan Haikal yang mana lelaki itu diserap sebagai staf tetap SIRIM manakala Haikal Faiz pula diberi penajaan pendidikan.
“Abd Razak, mangsa kemalangan yang mengorbankan sembilan orang keluarganya adalah pengawal keselamatan kontrak SIRIM (Agensi MITI).
“Hari ini, kami telah mengambil beliau sebagai kakitangan tetap.
“Kami juga akan menanggung pendidikan anaknya yang tidak terlibat dalam nahas itu, Haikal Faiz.
“Semoga bantuan SIRIM ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga dan mampu menjadi semangat kepada Haikal mengejar cita-citanya,” titip Azmin di Twitter.
Kemalangan yang menimpa Abd Razak dan keluarga meraih perhatian seluruh negara.
Ketika kejadian yang berlaku 12.09 di berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE tengah malam Jumaat lalu, mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Selain isteri tercinta, Norul Naziah Buyong, 37, lelaki itu turut kehilangan lapan anak iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Nahas itu turut mengorbankan mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27.
En Abdul Razak,mangsa kemalangan yang mengorbankan 9 orang keluarganya adalah pengawal keselamatan kontrak SIRIM(Agensi MITI). Hari ini,kami telah mengambil beliau sebagai kakitangan tetap.
Kami juga akan menanggung pendidikan anaknya yang tidak terlibat dalam nahas itu, Haikal. pic.twitter.com/7Y4kW1kyWQ
— Mohamed Azmin Ali ?? (@AzminAli) ?ref_src=twsrc%5Etfw">December 23, 2021
Sumber: ">Twitter Mohamed Azmin Ali
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang