Lari dari roadblock, lelaki 'sidai' tunang atas Jambatan Pulau Pinang, ini kronologi kejadian
ROADBLOCK atau sekatan jalan raya seringkali dielakkan oleh pengguna jalan raya. Adakalanya walaupun kenderaan tidak menyalahi undang-undang, ia mengundang kesesakan lalu lintas.
Pernah tak kalian dengar peribahasa sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan? Tapi dalam kes yang penulis nak kongsi ini belum sempat bergelar isteri dah kena tinggal.
Seorang lelaki di Pulau Pinang sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal ketika melarikan diri daripada sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Baca juga: 'Terbaik abang polis' polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh
Berikut kronolgi insiden itu:
1-Diceritakan oleh Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, kejadian yang berlaku jam 9.45 malam itu bermula apabila pasangan berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 diarahkan berhenti untuk pihaknya melakukan pemeriksaan.
2-Daripada maklumat dikongsikan, wanita itu mengakui lelaki itu adalah tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke pusat bandar.
3-Menurut Adenan, ketika pihak penguat kuasa mengarahkan penunggang membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U.
Baca juga: Haram tuntut pemberian hadiah jika putus tunang. Ramai yang keliru tentang hal ini
4-Tindakan mengejut lelaki itu mengakibatkan tunangnya terjatuh dari motosikal. Lelaki itu tidak peduli dengan wanita berkenaan dan terus memecut laju motosikal menghala ke bahagian pulau.
5-Wanita 20-an itu yang dipercayai membonceng motosikal yang ditunggang tunangnya mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan dan kaki.
6-Tapi belum sempat diberikan rawatan awal, wanita itu pula yang melarikan diri.
7-Kata Adenan, lelaki berkenaan bermungkinan tidak mempunyai lesen memandu atau cukai jalan tamat tempoh hingga menyebabkan bertindak nekad melarikan diri.
8-Op Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina.
Baca juga: [VIDEO] Geram kereta laju jalan kampung, aksi lelaki ‘tembak’ speed trap buat netizen terhibur
Tip hadapi sekatan jalan raya
Apa yang perlu anda lakukan di roadblock? Jangan gelabah atau panik, berikut adalah beberapa perkara perlu dibuat:
1-Siap sediakan dokumen anda
2-Perlahankan kenderaan dan berhenti apabila diminta
3-Beratur mengikut giliran, ikut arahan jika diminta berhenti
4-Jangan terlalu risau, kekal tenang
5-Cuba bertenang sekiranya anda tidak melakukan sebarang kesalahan
Baca juga: Ini 7 kesalahan trafik tak dikompaun ketika Tahun Baru Cina
Sumber: Facebook JPJ Pulau Pinang, Sinar Harian
ayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang