Lelaki gaya samseng maki, tunjal kepala wanita cetus amarah ramai, 7 fakta kejadian

A
A
A

Lelaki gaya samseng maki, tunjal kepala wanita cetus amarah ramai, 7 fakta kejadian

TULAR video lelaki bergaya samseng menghemburkan maki hamun terhadap seorang wanita.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada keretanya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.

Menurut portal berita tempatan, berikut fakta kejadian;

1. Kejadian berlaku apabila lelaki berbadan gempal dan berbaju merah itu keluar dari keretanya dan segera mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis. Sebaik cermin kereta diturunkan, lelaki berkenaan menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.

"Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak," katanya dengan garang.

2. Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah keraba memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.

Baca juga Padah berlagak samseng tahan kereta, pemandu Proton Perdana diberkas polis

3. Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu.

4. Video itu dipercayai dirakam oleh penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut, sebelum dimuat naik di Facebook.

5. Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.

"Silap aku tak ada dashcam jer. Sepanjang jalan tunjuk isyarat lucah (masa potong aku buka tingkap kiri kanan) jadi abang besar nampak la saya perempuan. Jalan Tapah mana tak ada corner bang?

"Jantan dayus. Ugut, pukul perempuan. Tak pernah lagi orang main kepala aku bang," kongsinya.

6. Pun begitu, lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang itu telah ditahan di Serdang, Selangor, petang kelmarin.

Baca juga Jangan terlalu seronok sangat sampai lupa bab keselamatan atas jalan raya. Ini yang perlu dilakukan

7. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, suspek direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Tapah hari ini. Perintah reman bermula Rabu sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Majistret Tapah. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.

Menjengah ke media sosial, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang berlagak samseng.

Ujar mereka;

"Pergh sentuh kepada ni dah boleh charge bawah serangan ni. Mohon report polis."

"Sentuh je memang lokap la kau, pukul perempuan pula tu lagak hebat. Report je dik harrasement."

"Kurang ajar betul la siap tunjal kepada budak perempuan ni, dia ingat dia siapa duk naik tangan kat orang."

"Abang sado garang betul ya. Tegur elok-elok dan mintak maaf kan senang. Itulah kalau sabar tak ada dalam dada."

Baca juga Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca