Mayat budak lelaki ditemui terapung di dalam kolam takungan air. Berikut kronologi kejadian
SETELAH dua hari dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2, Negeri Sembilan, akhirnya mayat budak lelaki ditemui terapung dipercayai lemas hari ini.
Mangsa Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly berusia lapan tahun dijumpai di dalam kolam takungan air Taman Arowana kira-kira 1.2 kilometer (km) dari lokasinya terjatuh.
Menurut laporan akhbar tempatan berikut kronologi kejadian yang menimpa kanak-kanak terbabit:
8 Mei 2021 (Sabtu)
Menurut ibu mangsa, Nor Ain Ismail, 27, anaknya tidak pernah bermain di kawasan itu kerana dan hanya bermain sekitar rumah.
"Tapi entah macam mana dia nak pergi bermain kat situ hari ini (hari kejadian). Abangnya dah larang, tapi dia tak dengar sebab itulah abangnya terpaksa ikut sama."Tapi katanya masa adik nak basuh kaki dia tergelincir dan paling sedih dia sempat cakap selamat tinggal," cerita Nor Ain.
Ketika kejadian, Nor Ain sedang bekerja di sebuah rumah kebajikan di Rasah, Negeri Sembilan.
Bicaranya, selepas mendapat panggilan daripada anak sulung beliau bergegas ke tempat
kejadian yang menimpa anak ketiga daripada empat beradik itu.
Dalam reda dengan kejadian menimpa beliau berharap agai Mohammad Syafiq Mustaqim ditemukan dengan segera.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian 4 petang itu, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras kerana hujan lebat.
Dimaklumkan, Mohammad Syafiq Mustaqim bermain dengan abangnya berusia sembilan tahun dan seorang rakan, 12, sebelum tergelincir ke dalam longkang.
Pada pukul 4.20 petang, 10 anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima
panggilan kecemasan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu pasukan bomba dengan kekuatan 14 anggota dan sembilan unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2.
Operasi SAR dijalankan dari lokasi mangsa terjatuh hingga ke Kolam Tadahan Air Taman Arowana Impian.
Mengikut penilaian bomba, laluan air akan terus ke Mambau dan tumpuan operasi pencarian dilakukan atas permukaan dan dibantu anggota skuba.
Operasi SAR diteruskan keesokan harinya.
9 Mei 2021 (Ahad)
Meskipun masih tidak menemui sebarang petunjuk, namun kasihnya seorang ibu, Nor Ain tetap setia menunggu di lokasi pencarian.
Wanita itu tidak mampu untuk pulang ke rumah selagi anak lelakinya belum dijumpai.
Beliau hanya pulang untuk mandi dan menukar pakaian pada pukul 4.30 pagi, Ahad sebelum kembali ke lokasi kejadian sejam selepas itu.
Nor Ain juga hanya bermalam di dalam kereta ditemani ahli keluarga lain.
10 Mei 2021 (Isnin)
Mayat Mohammad Syafiq Mustaqim dijumpai pada pukul 7.30 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Seremban, Khir Amir Ahmad berkata, mayat Mohammad Syafiq ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Baca juga Anak setan pakai tudung’. Anak pengetua autisme didakwa komen negatif, Pandelela sokong AinMenurutnya, sebelum dijumpai, anggotanya telah buat rondaan setiap dua jam sekali sejak pukul 2 pagi Isnin.
Ketika ingin memulakan operasi pagi tadi empat anggota ternampak mayat mangsa terapung.
Katanya lagi, Mohammad Syafiq Mustaqim ditemui dalam keadaan tertiarap dan berseluar pendek.
Beliau turut memaklumlam, kedalaman paras air kolam takungan ketika itu kira-kira satu meter.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk tindakan lanjut.
Semoga keluarga adik Mohammad Syafiq Mustaqim kuat dan tabah menempuhi ujian ini, tambahan pula berbaki beberapa hari sahaja menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Al-Fatihah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang