'Syahdu oemma pagi ini.' Menteri Pendidikan terharu anak ketiga khatam 30 juzuk pada ulang tahun kelahiran

A
A
A

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menitipkan kesyukuran dan terharu atas kejayaan anak ketiga, Maryam Fadhilah yang mengukir kejayaan menamatkan hafalan 30 juzuk al-Quran.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang mengikuti aliran Tahfiz Model Ulul Albab itu menyelesaikan khatam syahadah di Surau Darul Ulum sekolah berkenaan.

Lebih manis lagi, ia jatuh pada tarikh kelahirannya pada 2 Januari.

Biarpun sibuk dengan tugas, Fadhlina meluangkan masa hadir bersama suami, Mohd Fadzli Arsad meraikan kejayaan Maryam Fadhilah.

"Masya-ALLAH, Tabarakallah. Syahdu sungguh oemma pagi ini.

"Anakanda yang dilahirkan pada 1 Muharam dan tinggi iltizam untuk menyelesaikan hafazan 30 juzuk pada tarikh kelahirannya. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.

"Selesai sudah Majlis Khatam 30 juzuk anakanda Maryam Fadhilah. Allahuma bariklaha!" kongsi Fadhlina di laman sosial Facebook.

Baca juga: Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

Baca juga: Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

Bonda kepada enam cahaya mata itu turut menitip penghargaan buat tenaga pengajar dan keluarga di samping mendoakan.

"Terima kasih kepada semua asatizah dan rakan-rakan Maryam yang telah memungkinkan Maryam selesai menamatkan 30 juzuk.

"Juga doa serta sokongan keluarga di sepanjang tempoh Maryam menghafaz. Haza min fadhli rabbi.

"Allahuma faqihha fid deen, wa 'allimha fit tafseer. Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman al-Quran," ujarnya.

Baca juga: Doa ibu mengiringi, Menteri Pendidikan hantar anak ke kampus, pilih bidang Sains Kemanusiaan

Baca juga: Tudung bawal on point, beg lip lap, Menteri Pendidikan gayakan hasil tangan Kolej Vokasional. 'Tak mampu LV, pakai KV'

Sebagai ibu bekerjaya dan memegang jawatan menteri, Fadhlina tidak lupa memantau pendidikan cahaya mata.

Menurutnya, anak-anak beliau bersekolah dalam aliran berbeza di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Selesai anak hafizah, sekarang masa untuk beri tumpuan kepada anakanda aliran DLP pula!

"Ramai anak, begitulah. Semua anak ada dalam aliran kebangsaan KPM. Semua jadi internal audit oemma.

"Semoga anak-anak kita terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah. Saranghae yo Maryam!

Terdahulu Menteri Pendidikan menyambut kejayaan anak sulung, Thurayya Fadhilah berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun 2022.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu kini menyambung pelajaran di Asasi Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca