Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

NALURI keibuan wanita mudah tersentuh. Apatah lagi apabila melihat kanak-kanak sakit, pasti bergenang kelopak mata.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga tidak terkecuali. Lantang di parlimen dan berkarakter tegas sebagai peguam, emak kepada enam cahaya mata itu bergetar bicaranya saat bertemu mata 100 orang murid penghidap kanser bersama ibu bapa masing-masing.

Menyampaikan sumbangan dan merasmikan Program back To School anjuran Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan), Fadhlina memeluk mereka.

Sesekali menyeka air mata, Fadhlina memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa dan penjaga.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Video yang dimuat naik di platform laman sosial itu meraih lebih 22,000 tanda suka dan 343,000 tontonan.

“Perasaan seorang ibu pastinya akan menyentuh hati saya apabila melihat anak-anak ini bertarung nyawa dengan penyakit yang mereka alami,” titipnya.

Melihatkan riak wajah sebak, Fadhlina meluahkan kepada sebuah portal berita bahawa beliau pernah kehilangan anak kelimanya akibat penyakit autoimun kira-kira 12 tahun lalu.

Baca juga: Macam cikgu, gaya Fadhlina Sidek di Parlimen jadi perhatian, siap ambil kehadiran

Fadhlina bersama suami dan anaknya, Yasmin.

“Saya sendiri pernah kehilangan anak dan faham perasaan seorang ibu yang berhadapan situasi anak-anak yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

“Justeru saya merakamkan sokongan dan kasih sayang kepada para ibu bapa yang diuji semoga dengan ujian-ujian ini Tuhan menaikkan martabat kita semua.

“Teruskan berdoa, reda dan berusaha bagi memastikan apa yang diharapkan khususnya demi kebaikan anak-anak tercapai,” katanya.

Baca juga: Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Iklan

Warga maya yang turut tersentuh dan berempati memberikan cadangan dan penambahbaikan.

“Apabila jawatan diberi kepada tangan yang betul.”

– “Walaupun saya bukan penyokong PKR tapi cara Fadhlina mendekati dan menyantuni rakyat memang terbaik. Saya sokong usaha berterusannya membantu orang ramai.”

– “Sebagai nurse yang selalu tengok parents struggle jaga anak-anak syurga. Mereka insan terpilih yang kuat. Semoga diberikan kekuatan luar biasa untuk semua.”

Iklan

– “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Terima kasih YB menyantuni anak2 yang sangat istimewa ini.”

Baca juga: Senarai penuh 27 timbalan menteri kabinet perpaduan, 8 adalah wanita

Sumber: Laman sosial Fadhlina Sidek

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi