KEPUTUSAN permohonan kemasukan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telahpun diketahui. Kini ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil peluang menghantar anak ke kampus. Sebagai ibu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga tidak terkecuali.

Cahaya mata sulungnya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, telah diterima untuk menyambung pelajaran di Asasi Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di celah kesibukan tugas, bonda kepada enam cahaya mata itu meluangkan masa hadir memberikan sokongan seperti mana ibu bapa lain.

“Menyerahkan anakanda di bawah jagaan ALLAH dan Rasul di taman ilmu dan budi.

“Semoga anakanda terus diberikan kesabaran dalam jihad meneruskan pengajian,” titip Fadhlina.

Baca juga: Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

Menurutnya, anak sulungnya memilih untuk melanjutkan program asasi berkenaan untuk mencapai cita-cita dalam bidang psikologi.

“Memilih bidang sains kemanusiaan, semoga cita-citanya mahu menjadi seorang pakar psikologi menjadi kenyataan.

“Allahumma faqihha fid deen, wa ‘allimha fit takwil,” titip Fadhlina. 

Baca juga: Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

Iklan

Beliau juga yang juga merupakan alumni UIAM dan merupakan Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah.

Thurayya yang merupakan bekas Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terdahulu berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun 2022.

Iklan

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang