5 destinasi restoran terapung viral, lokasi nombor 3 memang ramai orang terjah!
5 destinasi restoran terapung viral, lokasi nombor 3 memang ramai orang terjah!
PADA cuti hujung minggu, lazimnya ramai orang mengambil pendekatan untuk berehat sahaja di rumah sambil menonton rancangan kegemaran.
Tak kurang juga, ada dalam kalangan para ibu mengambil kesempatan untuk mencari destinasi makan-makan unik sebagai ganjaran selepas penat bekerja.
Bagi mereka yang sedang mencari tempat makan special, apa kata kali ini anda berkunjung ke restoran terapung yang merupakan salah satu keunikan syurga makanan di negara ini.
Bukan sahaja menyajikan pilihan seafood segar, malah mata kita dijamu dengan panorama yang indah.
Jika kena dengan masa dan tempatnya, kalian bolehlah menyaksikan pemandangan matahari terbenam sepuas-puasnya sambil menikmati juadah enak.
Sinonim dengan konsep terapung, kebanyakan pengusaha yang mengesyorkan variasi ikan ternakan untuk pelbagai sajian seperti masak tiga rasa, stim, shell out dan sebagainya.
Lagi best, setiap penghantaran makanan menggunakan bot laju. Memang rare dan viral tempat makan sedemikian.
Apa yang membuatkan ramai pengunjung teruja, mereka boleh melihat ikan lumba-lumba tenggelam timbul di perairan pantai. Beruntung kalau dapat tengok dolphin depan mata.
Carian SinarPlus di media sosial mendapati, tarikan restoran terapung sebenarnya mempunyai peminatnya sendiri yang rata-ratanya gemar makan hasil laut.
Tak kisah jauh atau pun dekat, kalau sudah sedap dan harganya murah, pasti pelanggan akan terus datang tanpa jemu.
Berikut lima destinasi restoran terapung yang boleh disinggah jika kalian berada berhampiran:
1. Restoran Terapung BIK
Alamat: Sungai Menghulu, Perairan Kuah, Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 2 petang hingga 9 malam
Pakej: Sunset Buffet RM55 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak)
(termasuk bot pergi dan balik)
Facebook: Bik Floating Restaurant
2. Restoran Klasik Terapung
Alamat: Lot 48, Jalan Sungai Putat, Melaka
Waktu operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
Facebook: Restoran Klasik Terapung - Tomyam Klasik Garden Restaurant
Instagram: @restoranklasikterapung
3. Restoran Veg Fish Farm Thai
Alamat: KM4, Jalan Ampang-Hulu Langat, Ampang, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 12 mlam
Facebook: Veg Fish Farm Thai Restaurant
Instagram: @vegfishfarmthai
Laman web: https://vegfishfarm.com/
4. Restoran Terapung D' Tiram
Alamat: Jalan tepi sungai, Muar, Johor
Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
Facebook: D' Tiram Terapung Muar
Instagram: @dtiramterapungmuar
5. Restoran Terapung Anak Perak
Alamat: No. 7A, Jalan Hadhari Off, Jalan Padang RPT, Kampung Tengku Hussein Baru, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam
Facebook: Restoran Terapung Anak Perak
Instagram: @restoranterapunganakperak
Selepas ini, kalian tak perlu susah payah lagi nak terbang ke Thailand untuk menikmati seafood di restoran terapung.
Selalunya, kedai makan berkonsepkan atas air memang agak mahal caj dan harga makanan, tapi sekali sekala apa salah kan?
Okey kalian, selamat berhujung minggu!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang