Bengkung bukan kempiskan perut, tak perlu pakai setiap hari, Dr Amalina jelaskan fungsi sebenar

A
A
A

BENGKUNG adalah lilitan kain membaluti perut di bahagian pinggang yang digunakan wanita selepas bersalin dipercayai mampu mengempiskan perut sekali gus menurunkan berat badan. Ada sesetengah tempat memanggilnya barut.

Amalan yang menjadi tradisi turun temurun dalam budaya itu salah satu langkah penjagaan kesihatan tradisional bagi wanita berpantang tradisional.

Pada era moden kini, abdominal binder yang dipanggil bengkung moden dipakai ramai wanita bagi menggantikan bengkung tradisional.

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri menjelaskan pemakaian bengkung bagi wanita selepas bersalin dibolehkan namun ia bukanlah satu kemestian.

Baca juga: Berbengkung bawa manfaat atau hanya bahana? Kata pakar ini boleh buat kita fikir sekali lagi

Ibu kepada cahaya mata perempuan itu menerusi Insta Story berkongsi bengkung bukanlah alat yang boleh membantu wanita menurunkan berat badan tetapi sebagai penyokong bahagian abdomen dan belakang.

"Bengkung atau abdominal binder adalah penyokong bahagian abdomen dan belakang, ia bukan alat yang mengempiskan perut (weight loss device).

"Anda tidak perlu memakainya setiap hari dalam tempoh yang lama kerana ia boleh membahayakan. Ia tidak sepatutnya diwajibkan," kata Dr Amalina menjawab persoalan warganet.

Suri hati Alexander Charles itu menasihatkan wanita selepas bersalin yang ingin menurunkan berat badan atau mendapatkan bentuk badan asal sebelum hamil mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam.

Dr Amalina berkongsi perihal bengkung menerusi Q&A Insta Story apabila warga maya bertanya tentang pemakaiannya.

Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin

Kredit foto: Freepik

Malah ibu kepada Arabella Mia itu mendedahkan tidak memakai bengkung selepas bersalin. Dr Amalina juga tidak mengambil menu pantang sebaliknya mengamalkan pemakanan sihat.

"Saya tidak mempunyai menu khas berpantang. Saya makan apa yang biasa dimakan semasa sebelum hamil iaitu sajian seimbang dan air kosong dua hingga tiga liter sehari.

"Saya juga mengehadkan pengambilan minuman bergula, memakan buah-buahan dan sayuran. Saya mengurangkan garam dan gula dan bersenam," kongsi Dr Amalina.

Mengikut pantang tradisional Melayu, berbarut atau penggunaan barut yang ketat pada perut dengan menyapu limau mentah di perut adalah untuk tujuan memanaskan tubuh.

Barut selalunya terdapat dalam bentuk pembalut yang mempunyai banyak tali untuk mengikat. Barut sepanjang kira-kira lima setengah meter dan lebarnya satu suku meter akan diikat serta disimpul pada bahagian perut kerana dipercayai boleh mengetatkan otot yang kendur. Malah orang-orang lama percaya penggunaan barut membantu ibu kelihatan lebih kemas dan ramping.

Baca juga: 'Comelnya Bella berbaju kurung'- Anak Dr Amalina jadi perhatian warga maya

Sumber: Instagram Dr Amalina

Kredit foto utama: Image by Freepik 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca