Daging goreng kunyit sedap macam kat kedai, letak ini masa masak baru best!
DAGING goreng kunyit memang sangat ringkas. Biarpun simple, ia tak pernah gagal menjerat selera.
Mak-mak kebanyakannya mesti tahu cara menyediakan menu ini kan?
Biarpun tidak menggunakan banyak bahan dan hanya memerlukan beberapa langkah mudah, untuk mendapatkan hasil seperti daging goreng di kedai nasi berlauk Kelantan, anda perlu meletakkan satu bahan rahsia ini.
Baca juga: Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa
Bagi yang pernah merasa tahu akan keenakan daging goreng kunyit ini.
Ia penuh dengan perisa dan lembut. Kepada yang ingin mencuba, boleh mengikuti resipi daging goreng kunyit Fariza Hadi ini.
Beliau mendedahkan ramuan penyedap iaitu tulang lembu yang menjadikan daging goreng kunyit lebih mantap.
Ujarnya, kuantiti daging dan tulang mestilah nisbah ini iaitu satu kilogram daging bersamaan 1/4 kilogram tulang.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
1 kg daging lembu segar
1/4 kg tulang lembu
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa (opsyenal)
Sedikit gula (opsyenal, 1 sudu teh bagi setiap satu kilogram daging)
Air dan minyak masak secukupnya
Bawang Holland, cili merah besar dan daun bawang (dihiris)
Cara penyediaan
1. Gaul daging dan tulang bersama kunyit, garam, perasa dan gula.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan daging dan tulang. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan air.
5. Renih sehingga daging empuk. Jika kurang empuk, tambah lagi air.
6. Apabila ia empuk, airnya kering, hanya tinggal daging dan minyak, masukkan hirisan bawang Holland , cili dan daun bawang. Kalau boleh jangan terlalu kering dan garing ye, biar daging ’basah-basah’ sedikit.
7. Siap!
Lauk ini lebih sedap jika dinikmati bersama nasi bersama sambal, dan timun.
Baca juga: Resipi singgang daging Kelantan paling mudah, letak 1 bahan ini gerenti sedap
TIP DAGING GORENG LEMBUT DAN BERJUS
Mungkin ramai yang menggoreng daging terlalu lama semata-mata mahu hasil yang lembut dan masak.
Kini anda ada pilihan lebih mudah. Pengguna Facebook, Nana Ismail berkongsi tip untuk mendapatkan hasil daging goreng kunyit yang enak, lembut dan berjus tanpa menyebabkan daging kecut kerana dimasak terlalu lama.
Berikut caranya:
1. Untuk memastikan daging dipotong melawan urat, masukkan ketulan besar daging mentah ke dalam kuali panas tanpa minyak. Nanti uratnya lebih jelas dan mudah dipotong.
2. Selepas dihiris nipis, goreng daging tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering dan angkat.
3. Selesai dua langkah di atas, barulah lumur daging dengan kunyit dan garam.
4. Kemudian barulah dituang minyak dan goreng seperti biasa. Dengan cara ini tempoh daging untuk empuk lebih singkat. Malah daging juga nampak tidak kecut dan berjus.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging
Sumber: Fariza Hadi, Nana Ismail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang