Dah ada anak pun boleh jadi tak subur? Dr Say kongsi punca sukar hamil lagi yang ramai tak tahu

A
A
A

ISU kesuburan antara topik yang  menjadi perbualan popular dalam kalangan pasangan sudah berkahwin.

Masalah tersebut sering kali dikaitkan dengan wanita walaupun hakikatnya ia juga berlaku kepada golongan lelaki.

Malah, mungkin ramai yang tak tahu, ketidaksuburan juga boleh berlaku kepada pasangan yang sudah mempunyai zuriat.

Menerusi satu perkongsian oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril, masalah tersebut dikenali sebagai secondary infertility atau kemandulan sekunder.

“Kalau pasangan berumur kurang 35 tahun yang sudah ada anak dan mencuba untuk mendapatkan zuriat seterusnya melebihi setahun tanpa menggunakan perlindungan dah tergolong dalam golongan secondary infertility.

“Cakap pasal ketidakkesuburan ni, 1/3 berpunca daripada lelaki, 1/3 daripada wanita dan 1/3 lagi tidak diketahui atau berpunca daripada kedua-dua lelaki dan wanita,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Baca juga: Pil gugur boleh sebabkan seseorang mandul dan dapat kanser ovari? Pakar berpengalaman ini ada jawapan

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Oleh sebab demikian, Dr Say berkata,  para lelaki tidak boleh menuduh masalah ketidaksuburan 100 peratus berpunca daripada wanita.

Ujar beliau, video tersebut dikongsikan selepas melihat laporan sebuah media tempatan berkenaan seorang lelaki menyalahkan isterinya mandul selepas minum ais.

Baca juga: Bukan hanya wanita saja mandul, lelaki pun sama. Kondisi azoospermia yang membimbangkan

“Ceritanya pasangan tersebut sudah memiliki seorang anak berusia tujuh tahun dan mereka sedang mencuba untuk mendapatkan anak kedua.

“Kiranya pasangan ini jatuh dalam golongan secondary infertility yang saya cerita awal-awal tadi.

“Yang buat saya emo adalah saya pantang betul orang salahkan makan atau minum ais buat lemah tenaga batin, mandul, kembang urat,” katanya.

Baca juga:23 tahun berdepan tuduhan mandul, berkat sabar wanita dikurniakan baby pada usia 41 tahun

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Jelas beliau, setiap kali seseorang makan benda sejuk, badan akan panaskan ia kepada suhu badan.

dakwaan  bahawa telur dari rahim wanita menjadi beku dan tidak boleh disenyawakan dan menjadi penyebab kemandulan adalah tidak benar.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pasangan yang tergolong dalam kategori kemandulan sekunder supaya mendapatkan nasihat dan rawatan.

“Jangan ingat once ada anak, akan forever ada.

“Penyebab secondary infertility ini boleh jadi sebab usia yang semakin lanjut, stres, gaya hidup yang tidak sihat, merokok, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), testosteron level rendah dan banyak lagi,”jelas beliau.

Malah katanya, masalah tersebut juga sama sekali tiada kaitan dengan pengambilan ais.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca