Ella kongsi gambar sekeluarga, wajah anak perempuan dipuji seiras Kapten Azhar. 'Sekejap dah besar. Sweet girl, muka ayah'
BAGI yang mengikuti perjalanan seni ratu rock Malaysia, Ella, pasti tahu beliau mengambil seorang anak angkat perempuan.
Si kecil yang diberi nama Shanome Az Zahra itu melengkapi sekali gus menceriakan kehidupan rumahtangga pasangan tersebut.
Pun demikian, pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin dan suami, Kapten Azhar walau bagaimanapun jarang berkongsi mengenai anak angkat mereka.
Terbaru menerusi laman instagramnya, Ella memuat naik gambar ketika mereka sekeluarga menyambut lebaran baru-baru ini.
Baca ni Anak-anak sumber kekuatan Bella Astilah.’ Mereka buat saya tenang, reda & kuat’
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai memandangkan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini jarang berkongsi perkembangan anak tersayang di media sosial.
Bahkan rata-rata yang pernah melihat si kecil ini menyatakan cepatnya masa berlalu dan Shanome sudahpun besar dan tinggi.
"Eid Mubarak everyone ? ?? .. Maaf Zahir Batin,"demikian kapsyen yang dimuat naik Ella yang tampil ringkas dalam persalinan rona putih sekeluarga.
Dalam hantaran yang berlainan, Ella turut mengabadikan kenangan mereka sekeluarga dalam busana rona hitam, sedondon dengan anak perempuannya itu. Sementara sang suami memilih baju Melayu rona putih.
Baca juga Ella teruja bertemu peminat, dedah diri hadapi anxiety
Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen daripada warga maya. Ada yang memuji wajah si kecil itu seiras ayahnya:
'Ya Allah..muka anak tu sebijik ayah dia.'
'MasyaAllah. Semoga kekal bahagia setia didunia hingga ke syurga NYA. Aameen Allahumma Aameen..
Gegurl sama air muka mcm daddy nya.'
'Sekejap aje anak Ella dh besar. Cantik sangat Ella nampak muda selalu.'
'Manisnya senyuman kak Ella. Selamat hari raya kak Ella.'
'Sebijik muka ayah nya.'
'Sweet sangat pic ni. Semoga sentiasa di dalam Lindungan & Rahmat Allah Dan sentiasa Kekal bersama & bahagia hingga ke Jannah...Aamiin.'
'Girl sweet...muka ayah...'
'Cantiknyaaaaa...masa Saya kecik Ella cantik, Saya dah beranak dua pun Ella Masih cantik. Love sangat.'
Dalam satu perkongsian sebelum ini, Ella mengakui kehadiran Shanome Az Zahra memberikan kebahagiaan buat keluarganya selain rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sejak kehadiran si comel tersebut.
“Alhamdulillah, kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.
“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ini anak menjadi keutamaan.
“Saya seronok menjaganya dan suami pun sama-sama membantu jaga Shanome. Kalau salah seorang sibuk dengan kerja, yang seorang lagi akan jaga. Kalau kami berdua sibuk, akan ada orang yang jaga dia. Semua saya pantau untuk Shanome,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang