Ini cara paling mudah hilangkan rasa miang batang keladi, barulah sedap siput sedut masak lemak cili padi
SIPUT sedut masak lemak batang keladi memang best jika dimakan dengan nasi panas atau diratah begitu saja.
Cuma apa yang membuat ramai tak gemar makanan tersebut apabila batang keladi itu tidak dimasak dengan betul sehingga menimbulkan rasa gatal.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menghilangkan miang pada sajian tersebut.
Peminat kulinari tersebut, Jefri Mejan berkongsikan petua menarik di akaun Facebook.
Menurut beliau, hanya rebus batang keladi ketika air mendidih dan kemudian hanya tos saja sehingga kering.
Kemudian, batang keladi itu boleh dimasak dengan pelbagai resipi termasuklah masak asam, tumis atau lemak cili padi.
Kalau gatal pada tapak tangan selepas membuang kulit luar batang keladi, nak buat macam mana?
Anak jati Kampung Bukit Badong, Ijok, Kuala Selangor itu ada kaedah tersendiri.
Hanya menggunakan sedikit asam jawa, kemudian lumurkan pada tapak tangan. Tak perlu tunggu lama, bilas dengan air bersih.
“Insya-ALLAH gatal keladi akan hilang,” katanya yang turut berkongsikan cara memasak siput sedut masak lemak batang keladi kepada pengikutnya.
Baca juga Elak tanam keladi, ini 7 pokok boleh halau nyamuk wajib ada di rumah
Berikut resipi yang dikongsikan:
Bahan-bahan
Batang keladi
Siput sedut
Bawang besar
Bawang putih
Cili besar [BELI DI SINI]
Cili padi
Kunyit hidup
Baca juga Dadih homemade legend sukatan cawan, lembut ‘bergedik’ cair di mulut, tak perlu serbuk segera
Lengkuas
Halia
Serai
Asam keping [BELI DI SINI]
Santan [BELI DI SINI]
Garam
Air
Minyak masak [BELI DI SINI]
Cara penyediaan:
1. Cuci dan siang siput sedut hingga bersih.
2. Batang keladi dibersihkan dan dicuci.
3. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili, kunyit dan halia sehingga halus.
4. Serai dan lengkuas dititik saja.
5. Panaskan minyak dan tumis hingga masak bahan kisar dan dititik tadi.
6. Masukkan batang keladi, gaul rata dengan bahan tumis.
7. Masukkan sedikit air dan tutup supaya batang keladi cepat lembut.
8. Kemudian masukkan siput sedut dan gaul rata.
9. Bubuh sedikit air dan tutup supaya siput cepat masak.
8. Bila sudah separuh masak siput, masukkan santan dan kecilkan api .
9. Letak garam secukup rasa.
10. Siap untuk dihidang.
Rasanya lepas ini bolehlah prepare dan masak sendiri di rumah.
Mungkin sebelum ini ramai yang takut kena gatal batang keladi, tapi kalau ikut petua yang dikongsikan mungkin menjadi.
Lagipun nak cari siput sedut atau batang keladi siap disiang pun mudah, dekat pasar awam pun ada.
Apa kata cuti minggu ini kalian cuba masak menu tersebut.
Kalau ada petua lain untuk menghilangkan rasa miang batang keladi, bolehlah kongsi di ruang komen kami. Okey! Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang