Kolaboratif dengan Cef Fazley dan Coca-Cola, Tony Roma's lancar menu istimewa akhir tahun yang mengiurkan
Kolaboratif dengan Cef Fazley dan Coca-Cola, Tony Roma's lancar menu istimewa akhir tahun yang mengiurkan
SEMPENA ulang tahun ke-50, Tony Roma’s melancarkan menu istimewa akhir tahun yang lazat lagi menggiurkan.
Semua menu tersebut dipilih oleh duta yang juga cef selebriti terkenal negara, Cef Datuk Fazley Yaakob dengan kerjasama Coca-Cola.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, Daniel Chan Lek Seong berkata, pihak menawarkan lebih banyak pilihan hidangan yang menyelerakan sempena meraikan 'perayaan' itu.
"Daripada tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehinggalah minuman unik menyegarkan, menu akhir tahun ini akan menghidangkan rasa tersendiri ke meja santapan orang ramai," katanya.
BACA LAGI: Set Ramadan Tony Roma’s, sedia hidangan lebih besar
Antaranya, sajian Cola Sauce Australian Beef Ribs. Pengunjung dapat menikmati tulang rusuk daging lembu lembut yang diperap dan direneh di dalam Coca-Cola untuk rasa yang bukan sahaja manis, namun mempunyai rasa daging.
Ia juga dilengkapi dengan brokoli dan jagung termasuk minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma.
Kepada yang mungkin tidak tahu, Tony Roma's dibuka oleh pengasasnya, Tony Roma pada 20 Januari 1972 di Miami Utara, Florida.
Restoran itu dengan pantas menjadi salah satu restoran paling popular di Miami dengan pengikutnya tersendiri dalam pasaran.
Di Malaysia, Tony Roma’s telah membuka pintunya buat pertama kali pada tahun 2006 di Sunway Pyramid.
Sejak itu, ia telah berjaya menawan hati pengunjung Malaysia dengan tawaran yang lazat dan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan.
Daniel berkata, pihaknya inginkan jenama itu terus berada dalam minda pelanggan sebagai tempat untuk menjamu selera dan meraikan detik-detik istimewa, tidak kira sempena ulang tahun serta hari lahir, mahupun untuk ‘kemenangan’ kecil dalam kehidupan seperti berpindah ke rumah baharu.
"Kami berharap setiap detik istimewa dalam hidup anda akan menjadi Masa Untuk Tony Roma’s. Seronok rasanya membawa yang tersayang ke tempat yang sempurna untuk menikmati tulang rusuk legenda Tony Roma’s, hidangan yang lazat dan banyak lagi,” katanya.
BACA LAGI: Memang kena cuba! Marrybrown tampil menu baharu dengan cita rasa Korea
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang