Mudahnya buat kek Milo! Tak perlu tepung hanya guna 3 bahan, ramai dah cuba elok kejadiannya

A
A
A

Mudahnya buat kek Milo! Tak perlu tepung hanya guna 3 bahan, ramai dah cuba elok kejadiannya

JIKA keluarga teringin makan kek, baik anda buat sendiri di rumah.

Boleh dibuat sesuai dengan selera selain berbaloi untuk anak-anak menikmati sepuasnya.

Kek kukus biasanya antara resipi yang paling mudah untuk dibuat. Selain enak dimakan, kek dihasilkan juga lebih lembut dan moist.

Bagi yang suka makan kek manis-manis dan lembut, boleh cuba buat kek Milo viral yang senang ini.

Mudah sangat nak buat, hanya guna tiga bahan ringkas pula tu!

Yang penting, tak perlu tepung pun tapi hasil kejadiannya tetap gebu dan lembut.

Bahan-bahannya;

  • 2 cawan serbukMilo [Beli di sini]
  • 4 biji telur
  • 2 sudu susu pekat / 2 sudu gula (nak kurang manis boleh kurangkan)

Cuba juga Cara mudah hasilkan brownies, berkedut cantik, mewah rasa coklat, semua orang boleh buat

Kredit foto: Wan Ruzita

Cara-cara membuatnya;

1. Kisarkan semua bahan hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit. Siap!

Cuba juga Dadih homemade legend sukatan cawan, lembut ‘bergedik’ cair di mulut, tak perlu serbuk segera

Tip:

Sedikit petua kukus kek, penutup pengukus tu balutlah dengan kain bersih bagi air tak menitik dalam loyang kek.

Sekadar info, perkongsian wanita bernama Ruzita resipi ini di Facebook MAHN mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang meninggalkan komen mereka gembira berjaya membuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Ruzita via FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca