Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba

Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba
Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba
A
A
A

Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba

SEKARANG musim orang candat sotong, harga di pasaran pun menurun. Bagi penggemar sotong inilah masa anda cuba macam-macam masakannya.

Bila sebut sotong, siapa sahaja yang tidak suka olahan makanan yang bersumber daripada haiwan laut ini.

Sotong biasanya dimasak dengan cara digoreng dengan sambal ataupun kari. Namun hari ini kami ingin kongsikan kepada anda resipi sotong sumbat telur.

Cuba juga Nak diet, tapi masih nak makan makanan sedap? Kerabu Sotong Thai antara alternatif terbaik

Nampak macam ringkas kan? Ya sangat senang membuatnya dan rasanya sangat sedap!

Tak payah pakai banyak bahan, guna jer bahan sedia ada kat dapur. Campak-campak je okay dah siap.

Nak lagi best kena guna sotong yang fresh dan lepas tu makan dengan nasi putih, rasa dia memang power lain macam! Confirm lepas ni anak-anak asyik minta jer menu ni.

Bahan-bahannya;

  • 6 ekor sotong saiz medium
  • 1 bawang merah saiz medium dipotong dadu kecil
  • *4 telur gred A [Beli di sini]
  • *3 ekor udang saiz XL (buat rasa sedap lagi, tak ada pun rasa sedap juga) dipotong kecil
  • *Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) dicincang halus
  • *Lobak merah (suka hati nak letak banyak mana) dicincang halus
  • Cukup rasa [Beli di sini]
  • Pencungkil gigi atau lidi [Beli di sini]

Cuba juga Singgang sotong mudah, campak-campak siap! Ibu cuba buat confirm anak-anak suka

Sotong goreng tepung rangup, resipi senang tak letup Gambar fail.

Cara membuatnya;

1. Masukkan semua yang bertanda * dan kacau sebati. Selepas tu, panaskan minyak sikit dan goreng bawang merah sampai garing sikit.

2. Masukkan adunan telur tadi dan masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan cukup rasa je.

3. Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya. Ambil kepala sotong dan letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.

4. Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat. Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer [Beli di sini].

5. Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Sos Thai serbaguna

Bahan-bahannya;

Cara membuatnya:

  1. Campur semua tu. Siap!

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Baca juga Ramai anggap dakwat sotong bukan dalam kategori darah, ini penjelasannya

Sumber: Mira Khan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca