Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu
Petua ikan bilis kekal rangup tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu
IKAN bilis ramuan penting dalam kebanyakan sajian masyarakat kita.
Nasi lemak, sambal bilis kering, bubur lambuk atau bubur nasi, semuanya memerlukan ikan bilis yang garing dan rangup sebagai hidangan sampingan.
Jangan tak tahu, ada sesetengah pihak sanggup tak basuh ikan bilis semata-mata mahukan ia kekal rangup lama. Tak eloklah begitu, tak bersih namanya kan?
Baca jaga: Resipi mudah sambal bilis crispy macam yang beli, rangup berperisa naikkan selera!
Anda boleh ikuti petua yang dikongsi Liza Idris ini yang gemar menggoreng ikan bilis dalam kuantiti banyak untuk disimpan sebagai stok.
Malah, katanya petua sangat menjadi kerana ikan bilis goreng kekal rangup dan tidak liat walaupun sudah dimasukkan ke dalam sambal.
Baca jaga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama
Baca juga: Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal
PETUA IKAN BILIS RANGUP TAHAN LAMA
1-Cuci ikan bilis dan toskan supaya betul-betul kering. Lebih kurang sejam sebelum menggorengnya tu, cuci siap-siap ya.
2-Panaskan kuali tanpa minyak, goreng tanpa minyak atau sangai sekejap ikan bilis tadi.
3-Kemudian renjiskan dengan sedikit cuka.
4-Gaul cuka dan ikan bilis agar mesra.
5-Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
6-Kemudian, goreng ikan bilis yang sudah gaul dengan cuka tadi.
7-Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.
8-Setelah kering minyaknya, simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Baca jaga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu
5 khasiat ikan bilis
1. Vitamin A
Ikan bilis sebanyak 100 gram memberikan kira-kira 50,000 IU (International Unit) vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.
2. Kalsium
Ikan bilis kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 gram ikan bilis menyediakan sehingga 147 mg kalsium yang enting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.
3. Kalium
Jika anda ingin menambah lebih banyak kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Ia penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.
4. Selenium
100 gram ikan bilis mengandungi 36 mcg selenium yang baik untuk kesihatan jantung.
5. Protein
Seperti kebanyakan ikan lain, ikan bilis juga mengandungi protein yang sangat bermanfaat untuk membina dan membaiki otot atau tisu, menghasilkan enzim, hormon, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.
Baca jaga: 1,400 share, resipi mudah kacang sira pedas 5 bahan, sedapnya tak sedar habis sebalang
Sumber: Liza Idris
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang