Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

A
A
A

BAGI mereka yang gemar menanam pokok buah-buahan tentunya menginginkan hasil buah yang banyak. Mangga sering menjadi pilihan ramai kerana ia mudah ditanam dan tidak bermusim, malah penjagaannya juga tidak rumit.

Bagaimanapun yang menimbulkan masalah ialah pokok ini tidak berbuah lebat atau langsung tidak berbuah. Berbagai usaha dilakukan oleh mereka yang menanamnya termasuklah menggunakan baja tertentu namun hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Seorang pengguna Facebook, Kak Chah berkongsi tip memecah kebuntuan ramai untuk melebatkan buah mangga. Jelasnya, beliau mendapat petua tersebut melalui anaknya yang terbaca satu artikel dari luar negara.

Baca juga: DIY baja campuran tiga jenis bahan, pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari

Baca juga: Kerabu pelam muda ringkas buat kecur air liur

“Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, pokok mangga yang saya tanam di tepi rumah berbuah lebat. Dahan pokok sudah tidak dapat lagi menampung buah mangga sehingga sampai satu tahap, dahan pokok patah kerana buah mangga yang terlalu berat,” katanya.

Jelas Kak Chah lagi, beliau tidak menggunakan baja tertentu untuk menyuburkan pokok mangga yang ditanam sebaliknya mengamalkan petua menggunakan minyak masak terpakai. Berikut dikongsikan petua cara melebatkan buah mangga.

Bahan:

Minyak masak terpakai

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Gali lubang di sekitar pokok mangga.

2.Tuangkan minyak masak terpakai tersebut pada jarak dua atau tiga kaki dari batang pokok tersebut.

Hasilnya anda akan dapati pokok mangga berbuah lebat. Tidak hanya itu, buahnya juga manis.

Katanya, ada kala pokok mangga tersebut berbuah pada dahan tertentu dan bukan serentak yang menyebabkan akan ada buah yang sudah masak, buah muda, putik buah dan ada yang baru berbunga.

Bagi mengatasi masalah buah mangga yang berulat di dalam, kak Chah menyarankan  agar garam kasar ditaburkan sekeliling pokok mangga dengan jarak dua hingga tiga kaki dari batang pokok. Hasilnya bukan sahaja buah tidak berulat, isinya juga manis.

Baca juga: [VIDEO] Jangan main petik buah daripada pokok tidak bertuan. Ini dia adab yang Islam ajar jika kita nak manfaatkan buah-buahan tadi

KHASIAT MANGGA:

1. Mangga tinggi dengan kandungan potasium dan juga magnesium.

2. Ia juga mengandungi dua pertiga vitamin C dan antioksidan. Antioksidan yang kuat mampu meningkatkan sistem imun tubuh.

3. Mangga boleh membantu mengawal paras kolesterol. Paras pektin yang tinggi boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh.

4. Mangga atau nama saintifiknya Mangifera indica mengandungi zat besi yang tinggi. Selain menyihatkan mata, ia dapat mencegah anemia.

5. Salah satu kebaikan buah mangga ialah ia membantu menyihatkan kulit. Mangga sarat dengan vitamin C bukan sahaja menjadikan kulit menjadi cantik, seratnya juga boleh membersihkan usus daripada toksin.

Baca juga: 4 pengawal, 9 ekor anjing dikerah jaga kebun mangga Miyazaki, termahal di dunia

Sumber: Kak Chah (Berkebun D Rumah)

Kredit foto utama: Pexels

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca