Pisang goreng rangup ‘krup krap’ ini rahsianya, resipi guna 7 bahan
PISANG goreng rangup ‘krup krap’ sentiasa menjadi menu pilihan ramai terutama untuk minum petang. Lupakan membeli pisang goreng di gerai, memasaknya sendiri di rumah dengan hanya tujuh bahan lebih menjimatkan.
Perkongsian resipi daripada Butik Meek Kelate Kitchen ini boleh dijadikan panduan.
Baca juga: Puding pisang bersos kastard lemak berkrim
Bahan-bahan
Air sejuk (dari peti sejuk)
Air kapur
Telur (sebiji telur bagi setiap 500 gram tepung beras)
Tepung beras Teratai
Garam
Sedikit serbuk kunyit serbuk sebagai pewarna
Gula (opsyenal)
Langkah penyediaan
1. Semua bahan dicampurkan dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Bancuhan tepung seharusnya tidak terlalu pekat. Cukup sekadar ia melekat pada pisang.
Baca juga: Roti potong jejari, mudah bikin, kenyang dan sedap
Menurutnya, untuk mendapatkan kerak tepung yang ‘cantik’ ada caranya.
“Jika mahu ‘krup krap’ cantik, angkat tinggi sedikit tangan semasa memasukkan pisang ke dalam kuali, barulah tepung jatuh berjurai,” katanya.
Nah, apa ditunggu lagi. Jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Boleh juga digunakan untuk menggoreng keledek, sukun atau tapai ubi.
Baca juga: Elak makanan bergoreng, kafein ketika cirit-birit. Amalkan 9 tip mudah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang