Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan
AYAM goreng yang garing, rangup dan 'kerinting' kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak.
Bercakap mengenai ayam goreng, pasti ramai yang menjadikan 'satu jenama' itu sebagai penanda aras kesedapan. Tak susah pun membuatnya, dengan olahan resipi Reha Rahma, perapan pun hanya menggunakan dua bahan!
Berikut resipinya:
Baca juga: Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini
AYAM GORENG ALA KFC
1 kg kepak ayam
Minyak untuk menggoreng BELI DI SINI
Bahan perapan
1 sudu kecil serbuk kunyitBELI DI SINI
3 sudu besar stok ayam pekat MaggiBELI DI SINI
Bahan salutan ayam
1 cawan tepung gandum BELI DI SINI
Air
Cara penyediaan
1-Masukkan ayam ke dalam bekas. Masukkan kunyit satu sudu kecil serbuk kunyit. Sukatan ni untuk sekilogram kepak ayam.
2-Gunakan stok ayam pekat Maggi kerana perasa ni sudah lengkap semua bahan untuk dijadikan perapan.
3-Masukkan sudu makan stok ayam pekat Maggi dan gaul rata.
4-Perap ayam selama kira-kira sejam atau lebih. Sebenarnya, lebih lama ayam goreng makin sedap. Reha memerapnya selama semalaman di dalam peti sejuk.
5-Untuk bahan salutan, gaul sebati tepung segera Bestari dan tepung gandum. Gabungan dua tepung ini menjadikan ayam goreng tidak muak.
6-Apabila hendak menggoreng, salut ayam perapan dengan tepung.
7-Katanya, petua supaya ayam menjadi kerinting ialah membasahkan ayam dengan air.
"Sediakan air di dalam mangkuk. Masukkan ayam bersalut tepung ke dalam air dan rendam selama beberapa saat," katanya.
8-Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sehingga ayam kelihatan 'kerinting.' Untuk mendapatkan lebih kerinting, ulang langkah merendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung.
9-Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
10-Siap, memang crunchy!
Selamat mencuba!
Baca juga: Bosan menu ayam goreng biasa? Cuba resipi sedap ini tanpa serbuk kunyit
Baca juga: Petua simpan tauhu basah tahan berbulan-bulan, buat langkah ini sebelum masuk peti sejuk
Sumber: Reha Rahma
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang