Resipi mudah jem tat nanas cantik berserat hanya 4 bahan, pakai pemarut legend
RESIPI jem untuk tat nanas ada pelbagai, tapi yang cantik berserat susah nak jumpa. Orang kata kesedapan tatnanas bergantung kepada inti. Kalau jem secukup rasa, maka enaklah tat keseluruhannya.
Ramadan bakal tiba Mac ini manakala hari raya pula April nanti, golongan mak-mak tentu sibuk mencari cara resipi membuat kupadan raya air tangan sendiri. Tat nanas memang satu kemestian, tak boleh lawan dengan tat moden berinti coklat mahupun nutella.
Baca juga: Baru belajar nak buat kuih raya, boleh cuba resipi biskut Makmur tanpa oven
Sementelah harga biskut raya yang naik melambung tahun ini, apa kata kita buat sendiri tat nanas. Adun sendiri jem sebenarnya lebih jimat, cara pun tak renyah. Inilah masanya nak tunjuk skil memasak kan?
Hanya menggunakan empat bahan, berikut resipi yang dikongsikan pengguna Facebook Sutera Ayu. Lebih special lagi, inti dihasilkan ini cantik berserat, gerenti sedap!
JEM NANAS
BAHAN
-10 biji nanas madu segar [BELI DI SINI]
-1.5 kg gula perang [BELI DI SINI]
-300 gram madu [BELI DI SINI]
-1 sudu makan garam [BELI DI SINI]
CARA PENYEDIAAN
1-Kopek nanas dan buang matanya. Basuh bersih. Boleh juga cuci dahulu buah ini sebelum kupas untuk mengelakkan pasir melekat.
2-Belah nanas menjadi empat hingga lima bahagian. Sutera Ayu berkongsi tip buang empulurnya supaya jem nanas tak mudah basi.
3-Parutkan dengan pemarut DIY.
4-Langkah selanjutnya mauskkan nanas diparut ke dalam kuali dan jerangkan atas api. Usahakan pakai kuali yang betul2 bersih yang tiada kesan minyak atau bau masakan.
5-Masak nanas hingga airnya kering dalam satu hingga dua jam. Jangan sampai hangit dan selalulah diaduk.
6-Bila airnya sudah kering,, masukkan gula putih.
7-Perlahankan api dan masaklah nanas dan gula selama satu jam setengah.
8-Apabila gula dan nanas dah sebati, baru masukan madu dan garam.
9-Perlahankan api dan masak lagi selama satu jam. Jangan lupa kacau.
10-Tutuplah api dan sejukkan. Sedia digunakan keesokan harinya untuk buat tat nanas.
Katanya, selain dijadikan inti tat, jem ini sangat sedap dijadikan sapuan pada roti.
Baca juga: 6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!
DIY PEMARUT JEM NANAS
Wanita ini turut berkongsi cara mudah membuat sendiri (DIY) pemarut nanas yang menghasilkan jem berserat cantik.
Tidak seperti yang ada di pasaran, pemarut besar ini memudahkan nanas diparut kerana mempunyai lubang yang besar.
“Beli permarut dekat kedai serbaneka matanya halus. Tak dapat serat yang cantik. Pemarut daripada bahan besi cepat karat. Buat sendirilah, janji boleh parut nanas dengan mudah,” katanya.
BAHAN
1 loyang aluminium segi empat [BELI DI SINI]
Paku
LANGKAH MEMBUAT
1-Sutera Ayu menggunakan loyang kek aluminium.
2-Pakukan bahagian dalam loyang sehingga meliputi separuh loyang.
3-Siap untuk digunakan!
Selamat mencuba!
Baca juga: Nak kerepek pisang jadi rangup berlemak, guna bahan ini ketika menggoreng
Sumber: Sutera Ayu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang