Sakit leher, bukan sebab ‘salah bantal’ sahaja, anda mungkin hidapi penyakit cervical spondylosis
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
BIASANYA setiap kali mengalami masalah sakit pada leher, mesti ramai yang mengaitkannya dengan posisi tidur yang salah atau sinonim dengan istilah ‘salah bantal’.
Memang betul posisi tidur dengan leher yang tidak disokong bantal dengan betul, boleh mengakibatkan rasa sakit dan tegang pada sekitar bahagian leher. Bagaimanapun jika anda terlalu kerap mengalami masalah sakit di bahagian leher, ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Selain menyebabkan kesakitan apabila anda berpusing atau bergerak, sakit leher juga boleh menyebabkan anda berada dalam keadaan yang kurang selesa.
Jika rasa sakit pada leher sampai boleh mengganggu aktiviti sepanjang hari, ia bukanlah sakit ringan yang biasa. Rawatan awal lebih baik agar penyakit dapat dirawat dari peringkat awal.
Anda disarankan menjalani pemeriksaan lanjut jika mengalami situasi berikut:
1. Kerap sakit leher. Maksud kerap ialah seperti setiap minggu anda akan mengalami sakit leher.
2. Sakit leher yang disertakan dengan simptom lain seperti kebas/lenguh/sakit/lemah pada kawasan leher, turun ke atas bahu, hingga ke sebelah lengan/tangan.
3. Sakit leher yang disertakan dengan simptom simptom 'red flags' (petanda penyakit serius seperti kanser), demam berulang-ulang/hilang berat badan dan berpeluh banyak pada malam hari.
Baca juga:Eina Azman bedah leher bengkak dan sakit sejak 2016, mohon doa sembuh sepenuhnya
4. Sakit leher yang makin kerap. Keadaan sakit leher ini semakin serius selepas berlakunya trauma melibatkan kawasan leher. Contohnya selepas jatuh.
Sakit pada leher bukan sebab 'masuk angin.’ Perhatikan anatomi kawasan leher. Ada tulang belakang, ada otot-otot, ada jalinan saraf, dan ada laluan saluran darah penting yang membawa darah dari jantung ke otak.
Oleh itu, jangan mudah hulur leher anda untuk diurut oleh orang lain. Leher ialah kawasan yang sensitif. Sakit leher pada usia tua memang perkara biasa berlaku. Ini kerana seiring dengan peningkatan usia, struktur cakera (disc) dan tulang belakang (termasuk pada leher) akan mulai merosot keteguhan strukturnya (degenerative process).
Bayangkan ‘brake pad’ pada sistem brek kereta yang haus apabila sudah lama digunakan, begitulah yang terjadi pada sistem tulang belakang manusia.
Proses degeneratif ini menyebabkan penyakit Cervical Spondylosis atau dipanggil juga Arthritis of the neck.
Baca juga: 5 cara atasi sakit tekak lagi-lagi cuaca yang semakin tak menentu sekarang
Dianggarkan lebih 80 peratus golongan yang berusia lebih 60 tahun akan mengalami gejala cervical spondylosis. Cakera yang terbonjol keluar (herniated disc) akan menekan urat saraf.
Simptom kebas, lenguh, sakit, lemah pada sebelah bahu dan lengan ialah petanda saraf di sekeliling tulang leher telah dihimpit. Ini memerlukan rawatan berterusan, bergantung kepada berapa serius masalahnya. Rawatan bermula daripada fisioterapi berkala, pemakaian soft cervical collar, suntikan steroid hinggalah ke pembedahan.
Jangan sentiasa salahkan bantal. Marahkan rasa sakit leher, bantal dibaling. Mungkin ramai yang menganggap sakit leher ini bukan perkara serius yang perlu diperhatikan namun jika sakit leher ini terus berlarutan, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Baca juga: Gara-gara leher dikunci anak dengan ‘lock’ basikal, wanita panik ke balai polis mohon bantuan
Sumber: Dr Khairul Faizie
Kredit foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang