Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini

Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini
Sardin telur bungkus lazat, ibu wajib cuba menu mudah ini
A
A
A

SARDIN merupakan salah satu lauk yang paling mudah untuk dijadikan juadah keluarga. Ia memang sedia untuk dimakan walaupun tak sempat dimasak.

Selain itu, jika kesuntukan masa, telur juga menjadi pilihan ibu-ibu. Rasanya juga enak dan digemari ramai.

Jika kebiasaannya anda masak lauk telur goreng mata kerbau, dadar atau sambal, apa kata kali ini ubah selera dengan mencuba sardin telur bungkus yang lazat.

Cubalah menu yang sedikit lain ini dengan menggabungkan dua bahan asas yang mudah untuk santapan keluarga.

Yang pastinya sedap, jimat masa dan sesuai untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Bahan-bahannya;

  • 1 tin sedang ikan sardin diasingkan dari kuah
  • Sedikit cili benggala didadu halus
  • 1 pokok daun bawang dihiris halus
  • 1/2 biji buah tomato didadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland didadu halus
  • 1 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Bahan telur dadar;
  • 2-3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

Cuba juga Selera Nyonya, ibu wajib cuba resipi ayam Pongteh boleh jadi kegemaran keluarga

Cara membuatnya;

1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah kering, tutup api.

4. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.

Cuba juga Hanya guna 5 bahan untuk hasilkan Crab Rangoon disalut keju. Tak susah pun nak buat

5. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.

6. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama. Angkat dan lauk telur ini sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber dan gambar: rasa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca