Sedar tak sedar bertambah nasi, udang masak berlada simple sesuai juadah sahur

Sedar tak sedar bertambah nasi, udang masak berlada simple sesuai juadah sahur
Sedar tak sedar bertambah nasi, udang masak berlada simple sesuai juadah sahur
A
A
A

Sedar tak sedar bertambah nasi, udang masak berlada simple sesuai juadah sahur

UDANG boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti grill, panggang, goreng, ataupun dijadikan bahan utama dalam kuah.

Di antara resipi yang paling popular berasaskan udang ialah sambal tumis bersama petai, dimasak bersama tempoyak atau lemak cili api ataupun kari bersama terung.

Selain itu ia juga biasa dijadikan rencah dalam masakan sayur atau pelbagai jenis mi.

Pun begitu, udang ni juga selalu dijadikan bahan untuk juadah simple dan cepat seperti masak berlada.

Sebut sahaja udang masak berlada, pasti mengiurkan dan boleh membuka selera sesiapa sahaja.

Menu ni memang ringkas, bahan pun tak banyak. Sesuai sangat buat yang nak cepat masak dan juga sedap dimakan dengan nasi panas. Sedar tak sedar bertambah nasi!

Bolehlah juga dibuat menu bersahur pada bulan puasa nanti.

Bahan-bahannya;

  • 10-14 ekor udang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah
  • 10 cili padi
  • 2 cili hidup
  • 1 biji Tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam dan serbuk perasa

Cuba juga Udang masak diraja mudah, pasti menjadi kegemaran keluarga

Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Cara membuatnya;

1. Tumbuk atau chopper bawang merah, putih, cili padi, cili hidup dan tomato. Tumis bahan yang ditumbuk.

2. Ketika tumis, letak serbuk kunyit sikit dan masukkan sos tiram. Jangan lupa perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Gaul-gaul, siap untuk dihidang.

Cuba juga Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Selamat mencuba!

Sumber: Nurulfidayu Bt Awang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca