Tahun Melawat Perak 2024, ini lima destinasi staycation di negeri Bos Gaurus yang wajib masuk dalam bucket list

A
A
A

NEGERI Perak memang terkenal dengan produk pelancongan viral yang mampu menarik pelancong lokal dan antarabangsa.

Bukan setakat masakan unik, lokasi staycation juga memang rare! Malah kesan peninggalan khazanah bersejarah juga masih utuh sehingga kini.

Kalau cerita bab makanan, fuhhh memang banyak menu popular yang menjadi tarikan khususnya di Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sungkai dan banyak lagi.

Itu belum lagi lokasi percutian yang mungkin belum pernah anda jejaki dan pertama kali mendengarnya.

perak 2024

Sempena Tahun Melawat Perak 2024 yang menjelang tidak lama lagi, mesti ramai yang nak tahu lokasi cuci mata yang boleh disinggahi.

Nah! Berikut SinarPlus kongsikan lima destinasi yang ramai syorkan untuk berlibur bersama rakan atau famili tersayang:

perak 2024 KREDIT foto Instagram @pang5lane

1. Concubine Lane

Alamat: Lorong Panglima, Ipoh, Perak

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Concubine Lane 二奶巷 - Ipoh Heritage Trail

Instagram: @pang5lane

perak 2024 KREDIT foto Instagram @pang5lane

- Lokasi tumpuan pelancong kerana dikenali dengan nama Lorong Gundik yang dibuka sejak tahun 1893.

- Bangunan peninggalan warisan Cina yang masih utuh dan dijadikan premis makanan, pakaian dan cenderahati.

- Uniknya, lorong sepanjang 100 meter tersebut juga mempunyai sebuah kafe, Platform 9 1/2 yang mengambil inspirasi daripada filem Harry Potter.

 

perak 2024

2. Gaharu Tea Valley

Alamat: Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak

Waktu operasi: 9.15 pagi hingga 6 petang

Facebook: HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng 务边沉香山茶园

perak 2024

- Siapa kata di Gopeng tiada ladang teh yang serba luas? Nah, Gaharu Tea Valley kini menjadi destinasi viral buat mereka yang mahu merasai suasana tanah tinggi.

- Bermula daripada projek tanaman gaharu organik pertama di Malaysia sejak tahun 1992, ia mempunyai lebih 200,000 pokok gaharu.

- Tembok Besar Gopeng menjadi ikonik pintu masuk dan menempatkan pelbagai tarikan seperti HOGA Hilltop View, Hugging Park, The Lovers Tree dan air terjun.

Baca juga Pernah dihuni oleh Datuk Jamal Abdillah, vila di Taiping, Perak kini menjadi lokasi percutian eksklusif

perak 2024

3. Bandar Agacia

Alamat: 50, Castle Avenue, Kampar, Perak

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Bandar Agacia, Kampar, Perak

- Percaya tak di Kampar, Perak memiliki bandar ala Disneyland?

- Sebanyak 57 bangunan warna-warni dengan dinding batu, pintu dan tingkap gaya Eropah, setiap satu mempunyai desain yang unik.

- Menariknya, pelbagai aktiviti kanak-kanak diadakan pada waktu malam.

perak 2024

4. Gua Kek Look Tong

Alamat: Persiaran Sepakat 3, Taman Endah Jaya, Ipoh, Perak

Waktu operasi: 8 pagi hingga 4.30 petang

- Tarikan gua batu kapur yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh menjadi tempat pelancongan popular di Perak

- Ramai pengunjung dapat menikmati keindahan pembentukan semula jadi stalaktit dan stalagmit di dalam gua tersebut.

- Kalau sudah bosan, boleh join aktiviti berbasikal dan bot kayuh sebagai riadah tambahan.

Baca juga Terokai keistimewaan Hilir Perak dan Perak Tengah, banyak produk pelancongan baharu yang ramai orang tak tahu

perak 2024

5. Dinosaur Encounter World: Area 65

Alamat: Silverlakes Village Outlet, 1, Persiaran Silverlakes, Kampung Belangkor, Batu Gajah, Perak

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Facebook: Dinosaur Encounter

perak 2024

- Buat si kecil yang ingin melihat haiwan purba dengan lebih jelas, bolehlah singgah ke Dinosaur Encounter World: Area 65.

- Taman Dinosaur imersif pertama di Malaysia boleh membuatkan anak-anak teruja.

- Mana tidaknya, mereka boleh merasai pengalaman lima dimensi dan kembara realiti campuran menerjah zaman batu.

perak 2024

Okey! Banyak lagi sebenarnya tempat liburan yang boleh kalian singgah bila bercuti di Perak.

Apapun, moh ler ke sana beramai-ramai sempena kempen Tahun Melawat Perak 2024!

perak 2024

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca