[VIDEO] Ini cara mudah hilangkan sakit senggugut ketika haid

A
A
A

RASA kejang atau sakit ketika haid atau dikenali sebagai dysmenorrhea memang selalu terjadi dalam kalangan wanita.

Lazimnya, rasa sakit akan dirasai pada bahagian bawah perut dan berlaku sebelum dan semasa tempoh haid.

Setiap bulan ketika waktunya, para wanita terpaksa menanggung kesakitan senggugut yang teramat sangat sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap hari atau memerlukan cuti sakit.

Keadaan makin bertambah memeritkan apabila aliran darah haid yang terlampau ‘heavy’ berhari-hari sehingga mengganggu mood.

Dalam hal itu, ada juga di antara wanita menunjukkan simptom-simptom seperti rasa loya, sakit pinggang, pening kepala dan sebagainya.

Lebih parah, perut pula bertukar menjadi kejang sehingga tidak mampu membuat apa-apa pekerjaan dan segalanya menjadi tergendala.

Ada juga yang jatuh pengsan dan berguling-guling atas katil angkara senggugut.

Menurut portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, senggugut adalah kesakitan yang dialami pada bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

“Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur) dan saluran falopio, dan pundi kencing,” kata portal itu.

Sebenarnya, menurut kajian, hampir 60 ke 80 peratus wanita mengalami keadaan ini dan ia boleh menjadi sesuatu yang normal sekiranya tidak melampau.

Namun demikian, ada juga sebilangan wanita yang langsung tidak pernah merasai sakit semasa datang haid.

Prihatin dengan situasi itu, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang menerusi aplikasi TikToknya berkongsi cara mudah untuk hilangkan rasa ‘period cramp’.

“Caranya adalah wanita dikehendaki duduk di atas kerusi lalu kedua-dua belah kaki dibuka dan tundukkan badan ke bawah.

Artikel berkaitan: Jangan ambil mudah cengkaman senggugut, masalah kebanyakan wanita setiap bulan

“Tahan sehingga merasai kelegaan dan atau kekejangan pada perut hilang,” beritahu beliau.

Apa-apapun, jom saksikan video ini.

https://www.tiktok.com/@dr.samhan/video/6944727532889525506?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6942857887379148034&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Semoga video yang dikongsikan tersebut memberi sedikit keredaan akibat senggugut terutamanya buat para wanita di luar sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca